Isnin, 19 Januari 2009

Cerita dari orang Pas

Baru-baru aku hanya pasang telinga bila 2 orang penyokong Pas bersembang. Ceritanya ialah membandingkan Tunku Abdul Rahman dengan Najib dan Pak Lah.

Kononnya zaman Tunku dahulu isteri dia tak kacau pentadbiran kerajaan. Tunku pergi mana-mana pun isteri dia tak ikut. Bukan macam Najib dan Pak Lah. Isteri depa lagi banyak program dari suami.

Isteri Pak Lah dan isteri Najib suka ikut ke mana mereka pergi dan mengganggu tugas serta melibatkan wang kerajaan yang banyak.

Bukan itu sahaja , ada lagi, isteri Najib dan Pak Lah kalau keluar negeri bukan ada kerja apa, dok gila shopping.

Ada lagi,,,,Yang baguihnya bila dia berbelanja atau shopping diluar negara , Duta Malaysia yang kena bayar semua barang-barang depa.

Itu lah modal baru pembangkang nak burukkan pemimpin Umno