Jumaat, 16 Januari 2009

DAP mahu pengundi CINA KT mengundi PAS

Dap dan Pas memang dua parti yang berada dalam lakonan baik. Pada hakikatnya saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Isu hudud dan negara Islam sentiasa bermain dalam minda Pas walaupun nyata mereka tidak berkemampuan melaksanakannya.

Hakikatnya Pas hanya sebuah parti yang pandai mengisi kantung pemimpin mereka seperti mana yang berlaku di Kelantan. Berbillion ringgit hasil balak di Gua Musang pergi ke mana? Kelantan tetap mundur dan daif. Pemimpin Pas hidup mewah.

Seperti mana kata Anwar Ibrahim " Kerajaan BN kerajaan zalim, pemimpin rasuah, ekonomi menjunam rakyat hidup papa kedana, yang miskin bertambah miskin, kais pagi makan pagi" Kalau direnung balik memang betul kata-kata Anwar tetapi dia silap tuju. Sepatutnya kata-kata itu untuk Pas.

Dap pula dengan agenda Malaysian Malaysia. Penghapusan ketuanan melayu. Menghapuskan dasar ekonomi baru. Ingin menguasai kemasukan ke universiti awam secara bebas. tanpa kouta dan tanpa meritokrasi. Saiap bijak boleh masuk unversiti. Ingin menguasai semua pentadbiran kerajaan. Bila berjaya melayu akan dipinggirkan. jadilah seperti yang ada sekarang.

Berbalik kepada pilihanraya KT P.36. Walaupun Dap tidak mempercayai Pas tetapi atas kepentingan politik, mereka dengan rendah diri merayu supaya ahli Dap dan Cina Kuala Terengganu mengundi calon Pas supaya segala cita-cita Dap tercapai sebagaimana kejayaan mereka menipu Pas terutamanya di Perak.

Ingatlah wahai pengundi KT P36. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Pengundi P36 tak kira parti apa pun , hendaklah melihat masa depan melayu dengan tidak mengundi Pas kerana Pas telah dipergunakan oleh Dap.

Oleh itu saya menyeru ahli Pas dan PKR supaya memilih masa depan melayu dengan memberi undi kepada BN. Jangan takut Hadi Awang dan Anwar tak nampak kertas undi anda. Undi anda adalah rahsia.

SELAMAT MENGUNDI