Pas ternyata terdesak dan tiada modal, lalu membawa isu PPSMI dengan menabur risalah di KT.
Adakah kerana calon BN bakal menggantikan Timbalan Menteri Pelajaran maka isu ini diketengahkan? PPSMI telah menampakkan hasil yang baik untuk UPSR lalu dan juga SPM.
Keputusan untuk meneruskan program ini atau menghentikannya masih di peringkat rundingan meja bulat. Banyak pro dan kontra dalam hal ini.
Samalah halnya dengan Berita TV1 yang dipinda waktu siarannya ke 9 malam. Ramai professor menentang cadangan tersebut. Walaupun mereka prof tak semestinya semua pandangan mereka bagus. RTM ada sebab meminda siaran, ia membolehkan orang Islam yang menunaikan solat Isya di masjid dapat menonton berita. Itu satu peluang untuk menarik mereka supaya menonton berita, selama ini mereka tidak mendapat berita yang terkini.
Bebalik kepada PPSMI, dahulu wujud aliran melayu seratus peratus, selepas LCE dan MCE dihapuskan.
Akibatnya pelajar ini yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti dalam dan luar negara menghadapi masalah. Masalah term-term dalam bahasa Inggeris. Kena belajar asas semula. begitu juga Matematik. Atas sebab-sebab demikian Tun Mahathir telah mengubah dasar kepada PPSMI dan ia hendaklah dilihat dari sudut positif. Nak cari alasan negatif yang tak bagus pun boleh disenaraikan 100 alasan. Bukan susah.
Bangsa asing tidak senang melihat melayu menguasai Bahasa Inggeris, kalau boleh biarlah melayu hanya pandai cakap melayu sahaja.
Begitu juga usaha Tun Mahathir untuk mewujudkan kelas bahasa cina di sekolah rendah kebangsaan telah mendapat tentangan yang hebat dari persatuan dan politik cina. bagi mereka orang melayu tidak boleh belajar bahasa cina. Mungkin itu yang mereka mahu.
Terus terang saya berkata PPSMI banyak baiknya, Tun Mahathir berpandangan jauh, percayalah. Melayu akan terus mundur jika kita tidak berani berubah.