Sabtu, 17 Januari 2009

TIADA PERANG DI GAZA

Sudah 3 minggu Israel memusnahkan Gaza. Serangan gila babi tanpa belas kasihan. Penulis tak sanggup nak melihat derita mereka di tv mahupun akhbar.

Israel menunjukkan kekuatannya kepada yang lemah dan tanpa senjata. Sudah tentu Israel akan mabuk darah untuk meratah lebih banyak lagi nyawa kaum yang lemah. Ini lah yang dikatakan dayus atau bacul.

Peperangan sebenarnya tidak wujud di sana. Sekiranya Palestine mempunyai jet pejuang, kereta kebal dan pelbagai lagi senjata konvensional baru lah boleh dianggap peperangan.

Sama-samalah kita berdoa agar serangan segera dihentikan dan tindakan diplomatik dan tribunal khas dapat membawa panglima perang Israel ke muka pengadilan.