Surat-surat Anwar telah banyak ditunjukkan di laman web. Seperti-surat dari penjara dan surat yang berkajang-kajang kepada Tun yang diedarkan sebelum dia dipecat.
Tetapi surat yang didedahkan oleh Ezam di Kuala Terengganu amat menarik perhatian ramai. Beberapa orang bloggers juga telah mengulas isi surat tersebut, antarnya ialah Nobisha dan ramai lagi.
Penulis merasakan surat tersebut perlu dikaji selidik dari pelbagai sudut dan impak kepada negara dan sejarah.
Surat itu juga perlu di kaji ketulenannya, adakah surat tersebut salinan fotokopi, atau yang asal, jika asal kenapa tidak dipanjangkan. dan akhir sekali surat tersebut perlu disimpan oleh muzium negara atau Arkib Negara untuk ditunjukkan kepada generasi akan datang.