Hanya meletakkan mucung pistol di kepala pengundi saja yang tidak dibuat oleh BN. Selain itu, apa lagi yang tidak dilakukan oleh mereka dalam usaha memenangkan calonnya di Kuala Terengganu? Umpan sudah, ugut pun sudah. Iklan |
| |
|
|
| Semua menteri membawa sekali kementeriannya berkampung di Kuala Terengganu. Bajet kementerian Pusat turun untuk setiap daerah mengundi! Bukankah gila namanya? Media arus perdana usah dikira lagi peranannya. Di bawah bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46, Datuk Ahmad Shabery Cheek, RTM berkempen untuk BN sehingga 24 jam. Berdasarkan semua strategi yang digunakan itu, mengikut hukum akalnya, lawan BN sepatutnya hilang deposit. Ditakdirkan Allah SWT BN kalah juga. Lebih teruk lagi kerana mereka hilang kerusi yang mereka menangi pada Mac 2008 lalu. Bergelut dengan nazak Pelbagai ulasan dari pelbagai individu dan pihak diberikan. Ada ulasan bernilai akademik dan ada juga ulasan sekadar untuk melepas geram kepada individu tertentu. Dalam 1001 sebab diberikan terhadap kekalahan BN, tidak ada yang mengulas bahawa hakikat sebenarnya BN sedang bergelut dalam nafas nazak menjelang ajalnya. Di atas dunia yang fana ini setiap yang hidup akan merasai mati. Hukum itu bukan untuk makhluk bernyawa seperti haiwan atau manusia saja. Kerajaan yang memerintah pun sama. Mereka ada ajalnya. Tidak ada sebuah kekuasaan yang bertahan seusia kewujudan manusia di atas muka bumi ini. Semua tamadun silam pernah gemilang dan pernah hilang. Parti politik yang memerintah dalam sistem demokrasi pun begitu. Dalam catatan sejarah moden, parti politik yang lama memerintah sejak merdeka ialah National Revolutionary Party (NRP) di Mexico kemudian bertukar nama kepada Institutional Revolutionary Party (IRP). Selepas 60 tahun memerintah, IRP tumbang pada tahun 1989 kepada parti Baja California. Liberal Democration Parti (LDP) walaupun lama memerintah di Jepun, hakikatnya ia bukan parti LDP yang asal kerana berpecah dan menjadi serpihan beberapa kali. Kira-kira sekarang ini, rekod parti politik yang memerintah paling lama sejak merdeka dalam sebuah negara demokrasi dipegang oleh BN (dulunya Perikatan) di Malaysia. Apabila Musa Hitam mengibaratkan Umno yang mendominasi BN sedang mengalami 'sakit tua' maka ia adalah satu istilah yang sangat tepat sekali. Sakit tua adalah sakit selepas terlalu lama hidup, menunggu detik-detik kematian. Berkurunglah dalam wad ICU dengan berpuluh sambungan wayar penyokong hayat, sampai masa maut menyusul jua. Jika percaman orang tua-tua terhadap pesakit tua menjelang ajalnya selalunya betul, lalu menganjur majlis bacaan Yaasin, maka demikianlah percaman orang tua bernama Musa Hitam terhadap Umno. Ia sukar untuk disangkal. Bagi ahli-ahli Umno, bermula dari pucuk pimpinan hinggalah ke ahli biasa, jika mahu sentiasa menjadi pihak yang menang maka sekaranglah masanya untuk mereka berhijrah menyertai parti-parti Pakatan Rakyat. Tidak ada sebab untuk mereka terus kekal dalam sebuah bahtera yang sudah bocor dan sedang karam perlahan-lahan macam kapal Titanic. Bangkit dengan kekuatan sendiri Bagi Pakatan Rakyat, ia wajar bangkit dengan kekuatan sendiri, bukannya kerana kelemahan musuh. Buat pertama kalinya pemimpin utama kerajaan dari lima buah negeri Pakatan bersidang di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, Alor Setar, lalu mengeluarkan Pengisytiharan Mentaloon yang mengesahkan pemantapan kerjasama antara negeri, terutama dalam menghadapi kerenah Pusat. Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, majlis tersebut mempunyai bidang tugas untuk menjalankan agenda Pakatan Rakyat serta akan menyelaraskan program dan aktiviti selain mengurangkan perbezaan pendapatan antara kerajaan Pakatan Rakyat. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, melalui majlis itu keanggotaan dapat berkongsi maklumat dari segi kejayaan, pencapaian pelaksanaan pengurusan negeri dan juga masalah-masalah dari segi pentadbiran sekali gus menuju kepada satu taraf pengurusan negeri yang lebih mantap. Sementara itu, ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan, Dato� Seri Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng turut bersemuka membincangkan agenda Pakatan. Sudah tentulah pertemuan seperti ini sangat menakutkan BN. Pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu adalah pilihan raya yang dihadapi melalui persepakatan langsung PAS, KeADILan dan DAP. Sedang pilihan raya umum 2008 dulu pun, persepakatan rasmi seperti ini belum wujud. Bermakna jika Pakatan terus mantap sehingga pilihan raya umum ke-13, Najib dan konco-konconya sudah boleh mencongak negara mana mereka hendak bermastautin selepas Malaysia. _ |