Sabtu, 10 Januari 2009

Perak dan Selangor Bergembira dengan Camry Baru

Semasa kempen pilihanraya asyik kutuk kerajaan BN membazir wang rakyat. Sekarang apa dah jadi.

Wang yang disimpan di perbendaharaan negeri untuk pembangunan negeri telah di rompak oleh PR untuk membeli kereta baru.

Kalau Proton Perdana mahal sebab gear otomatik berharga 25 ribu,kita nak tengok berapa harga gear otomatik camry ni nanti, Honda City punya gear pun dan mencecah 27 ribu ringgit.

Sama-sama lah kita lihat penyamun wang rakyat bergaya dengan wang rakyat.