Isnin, 23 Februari 2009

Jenayah di Kelantan lagi.

Guru dituduh cuba rogol pelajar


KOTA BAHARU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua tuduhan cubaan mencabul dan merogol seorang pelajar perempuan dan satu pertuduhan memiliki bahan lucah kira-kira dua tahun lepas.

Mohd Nasir Abdul Rahman, 50, dituduh cuba mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di Bilik Unit Peperiksaan, Sekolah Menengah Rantau Panjang dekat sini pada 3.30 petang, 16 Mac 2007.

Bagi pertuduhan kedua, guru itu didakwa cuba merogol pelajar perempuan yang sama di PT 1832, Kampung Gual, Rantau Panjang pada 12 tengah hari, 14 April 2007.


Dia juga didakwa memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbit dan komputer ribanya di Balai Polis Rantau Panjang pada 11.25 malam, 24 April 2007.

Hakim Che Mohd Zulkifly Jusoh membenarkan Mohd Nasir diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat iaitu jaminan itu akan ditarik balik jika terdapat laporan tertuduh menganggu saksi dalam kes itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 April ini untuk sebutan semula kes.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Baru-baru ini saya terbaca satu laman blog puak balik sana yang mengisahkan satu kes rogol oleh seorang lelaki tua berusia 70 tahun. Tujuan penyebaran kisah itu bukan untuk mendedahkan kejadian atau menghina lelaki tua tersebut, tetapi ia lebih kepada menyindir kerajaan BN yang memerintah Terengganu.

Bagaimanapun penulis blog lupa untuk mendedahkan kejadian-kejadian seumpama itu di negeri yang diperintah oleh mereka. Oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama mendedahkan kes ini. supaya dapat menutup mulut celupar blogger tersebut. Mengetuk dulang , paku serepih.