Rabu, 4 Februari 2009

Menghilangkan diri bererti protes bukan diculik

Dalam satu-satu badan pertubuhan sudah menjadi kebiasaan diadakan perjumpaan dan mesyuarat, dan seandainya wujud krisis atau rasa tidak puas hati tentang perjalanan sesuatu pertubuhan maka kita akan dapati satu bentuk protes yang mudah dilaksanakan ialah dengan boikot .

Baru-baru ini orang kita telah memboikot pelbagai jenama yang ada kaitan dengan Zionis atau Amerika. Bagaimana kesan boikot tersebut tak seberapa, ramai juga yang bangun pagi masih menikmati minuman dan sarapan produk tersebut. Itu boikot terhadap zionis. Baru-baru ini Pemimpin Turki juga telah memboikot satu sidang kerana tidak bersetuju dengan Israel.

Boikot, boikot, boikot,

Dalam badan sukan atau apa-apa badan telah banyak cerita kita dengar si polan telah tidak hadir mesyurat exco kerana sebab itu dan ini. Presiden pertubuhan telah tidak hadir dalam persidangan agung kerana ada usul memecat mereka. Begitu tajuk-tajuk akhbar yang selalu kita baca.

Kita juga selalu memboikot satu-satu majlis kerana bosan dengan perjalanan atau perlaksanaannya. Umno juga diboikot hebat dalam PRU 12. Ramai juga Ketua-Ketua Bahagian Umno yang memboikot calon-calon PRU12 kerana nama mereka tidak tersenarai. sebaliknya orang nombor 2 atau nombor 3 atau yang tak ada nombor dicalonkan menjadi wakil rakyat.

Satu lagi boikot ialah sengaja memulaukan seseorang kerana ada komplok untuk menyingkirkannya. Maka setiap perjumpaan atau mesyuarat nama mereka tidak dijemput.

Boikot dalam pertubuhan ialah dengan tidak menghadiri sesuatu mesyuarat atau perbincangan untuk membuat keputusan. Individu tersebut sudah bosan atau hilang minat atau pun sebagai tanda protes kerana ada yang tak kena dan tak puas hati dalam sesuatu hal. Mungkin mereka tu betul dan mungkin juga tidak betul. Hanya yang maha mengetahui saja tahu siapa yang betuul.

Berbalik kepada isu menghilangkan diri bererti protes bukan di culik. Semua orang tahu cerita ini dikaitkan dengan siapa. Sudah tentu berkaitan dengan dua adun dari Perak.

Bermula 26 Januari mereka dikatakan menghilangkan diri dan tuduhan bahawa mereka telah diculik oleh pihak tertentu dan tuduhan itu telah diterima baik oleh sekelompok manusia dari kumpulan yang sama, bukan dari kumpulan lain. Mereka yakin dan pasti bahawa mereka telah diculik dan dikurung di suatu tempat rahsia dan ditorture mental dan emosi mereka supaya meninggalkan pertubuhan yang mereka berpegang hari ini.
Agaknya mereka di bawa ke Guantanamo kut atapun Qutanamera. (di mana tu?) Lepas ni bolehlah di lakukan pemeriksaan kesihatan untuk melihat setakat mana mereka diseksa dalam tahanan tersebut. Nasib baik tak mati macam Kugan.

Ingat tuan-tuan jangan selalu menghilangkan diri , nanti tuan-tuan dituduh telah dicolek padahal bersedap-sedap dirumah isteri ke ..........

hanya sebuah renungan dipetang ini.