Rabu, 4 Februari 2009

Speaker Perak tunjuk taring.

Kerajaan Perak Tidak Iktiraf Adun Behrang Dan Changkat Jering

IPOH, 3 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Speaker DUN Perak V.Sivakumar malam ini berkata jawatan exco yang dipegang oleh kedua-dua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

Katanya tugas mereka akan dipangku oleh individu yang akan diputuskan pada mesyuarat exco akan datang.

Sivakumar berkata keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.

Saya tetap berpegang kepada keputusan sebelum ini bahawa kedua-dua ADUN berkenaan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada saya, katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbar yang sama berkata kerajaan negeri akan mencabar keputusan SPR di mahkamah selepas tempoh 48 jam.

Ketika ditanya sama ada akan meneruskan tindakan tersebut memandangkan pengerusi DAP Karpal Singh telah menyatakan bahawa tindakan itu hanya membuang masa, Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri akan meneruskan tindakan mahkamah tersebut kerana berpandangan fakta kes kedua ADUN PKR tersebut adalah berbeza dengan kes yang dinyatakan Karpal.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ini baru dinamakan kerajaan zalim , dulu dok kata Umno zalim. Hari ini Tuhan balas balik cash. Umno yang memerintah belum pernah menjatuhkan hukuman sedemikian rupa.

Hukuman tersebut juga telah memberi impak besar kepada rakyat di kedua-dua kawasan tersebut. Suara mereka adalah suara demokrasi yang dinafikan oleh Kerajaan Pakatan Ruyub Perak .

Selain dari Speaker , Ngeh juga telah memberi arahan kepada Nizar supaya menutup mulut dan yang hanya boleh bercakap ialah Ngeh sendiri.

Ini menguatkan lagi hujah bahawa Dap sebenarnya menjadi Menteri Besar dan bukannya Nizar.


Ngeh mungkin mendapat arahan senyap dari Lim KS atau karpal Sigh. Ini bermakna Dap telah berjaya mengenepikan atau menderhaka kepada arahan Sultan agar Menteri Besar hendaklah dari keturunan Melayu Islam.

Akhir kata seandainya Pas masih mendungukan diri menjadi pecacai Dap semata-mata untuk bermegah dengan jawatan Menteri Besar, maka seluruh warga Pas Malaysia telah silap besar, bak kata pepatah melayu "menang sorak kampung tergadai,"

Adun Pkr juga yang terikat dengan aku janji patut berasa teramat hina akan diri mereka seolah-olah kemaruk untuk menjadi wakil rakyat, padahal mereka tak lebih daripada menjadi pecacai Anwar untuk merealisasikan impian dia untuk menjadi Perdana Menteri.

Pemimpin sebegini rupa mesti ditolak oleh rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi beraja dan berpelembagaan.