Apabila seorang pemimpin Pas memberikan kritikan terhadap tarikh PRK pada 7 April yang dianggap terlalu lewat dan memberi ruang yang selesa kepada Umno , maka hari ini lebih ramai bakal-bakal pemimpin Pas turut sama mencela dan mengecam soal tarikh konon SPR berpihak dan berada di bawah telunjuk Umno. Nik Aziz begitu lantang mengkritik SPR dan meminta pengersi SPR meletak jawatan.
Pada masa yang sama Nik Aziz juga marahkan Umno tetapi tidak mendesak Pak Lah untuk meletakkan jawatan sebaliknya meminta Pak Lah terus mengekalkan jawatan sehingga PRU13. Di sini jelas menunjukkan luahan rasa marah Pas terhadap SPR dan Umno hanyalah sembang politik murahan atau idea pemimpin tua yang sudah tamat cukai jalan.
Pas sebenarnya amat lega dengan tarikh tersebut, tetapi sebagai parti pembangkang dia terpaksa mencari hujah untuk membangkang. Itu kerja mereka. Manakala Dap hari ini terus membisu kerana mereka tidak ada apa-apa kepentingan lagi di Perak. ( mungkin di P059 kita akan lihat Pas bekerja sendiri tanpa bantuan Pkr dan Dap)
Dap sudah cukup selesa dengan apa yang mereka tuai pada PRU13 yang lalu. Dap tidak lagi perlu untuk memberontak atau menunjukkan kemarahan kepada Sultan.
Kita tahu semua orang Cina Malaysia sayangkan Sultan. Hanya Karpal saja membenci sistem beraja di negara kita. Di India pun keturunan Karpal tidak ada raja kecuali Rajakapor saja.
Pas Bukit Gantang pada dasarnnya sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya sejak krisis keluar parti oleh 3 ahli Dun mereka.
Pada PRU 12 yang lalu, sistem maklumat dan sistem pangkalan data Pas amat canggih. Unit IT mereka dapat menjalankan tugas dengan kemas, licin dan penuh berdisplin dan mereka tahu mereka akan menang lebih awal lagi.
Sebagai contoh setiap 2 jam akan ada seorang pegawai petugas pergi ke setiap aliran peti undi untuk mengambil data pengundi yang hadir. Berbanding dengan Pkr dan Umno jauh ketinggalan.
Dalam PRU 12 jelas menunjukkan tidak ada kesepakatan diantara Pas, Dap dan Pkr. Setiap wakil calon yang berada di bilik mengundi membawa bahan bertulis mereka sendiri dan jelas berbeza. Yang canggih dan up to date ialah Pas.
Umno ditinggalkan 10 tahun kebelakang, kepincangan jentera BN nyata sekali amat lemah dan ketinggalan zaman.
Dalam PRK kali ini Pas seboleh-bolehnya mahu disegerakan kerana makin lama makin banyak masuk angin. Hari ini di Selangor sudah riuh memperkatakan isu gambar terlampau oleh Miss Eli yang di katakan berkeadaan teramat sexy semasa tidur di sofa dan gambar-gambar posisi intim beliau bersama pasangannya.
Kalau begitu ia adalah hasil fotografi orang yang amat dikenali beliau atau seperti kisah pasangan Hilton di mana pasangan intim nya telah menjual kepada media. Oleh sebab itu polis masih kabur untuk menyiasat kes tersebut. Eli mungkin masih enggan mendedahkan siapa yang mengambil foto-foto tersebut. Tanyalah dia sendiri kerana jawapan ada pada dia.
Itu baru satu isu, selepas kisah di Bukit Selambau yang membawa kepada perletakan jawatan exco dari Pkr.
Miss Eli memang menjadi halwa pemanis oleh Pkr. Mungkin pemimpin-pemimpin Pkr sendiri berebut-rebut untuk menjadi Mr Right nya dan mungkin wujud pakatan untuk menjatuhkan sipolan dan sipolan oleh mereka gara-gara si cantik manis tersebut yang ternyata lebih cun dari Teresa Kok.
Dalam bulan Mac akan datang , entah apa lagi yang akan berlaku? Mungkin kerajaan PR di Selangor pula akan tumbang seperti mana yang berlaku di Perak.
Agaknya jika kes yang malang yang menimpa Miss Eli itu terjadi kepada kaum Halwa Pas sudah tentu Pas akan menuding jari kepada Umno. Ini semua kerja khianat Umno.
Hai nasib lah Umno .....kalau hujan salji turun kat Malaysia dalam seminggu dua ini, mungkin Pas akan menyalahkan Umno juga.
Itulah alasan yang menyebabkan Pas mahu PRK di segerakan. Mereka tidak tahu bahawa agensi-agensi kerajaan dan SPR juga memerlukan masa yang cukup untuk membuat persediaan.
Pas ingat mengadakan PRK ini semudah mengadakan ceramah politik agaknya.
Pikir lah sendiri.
Pengurus Pilihan raya akan mencari sukarelawan baru untuk bertugas, taklimat dan perlantikan pegawai pilihanraya perlu diselesaikan dahulu, jika pegawai pilihanraya yang lalu sudah meninggal atau berpindah SPR perlu mencari yang baru.
Bukan mudah lah orang Pas ooi,....susah....