Isnin, 23 Februari 2009

Sebuah catatan dari Sarawak

Ultra Sarawak wrote:

INI SEJARAHNNYA , DULU KITA GABUNG DENGAN BANGSA MAJAPAHIT

Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.

Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, alat perkakas, tembikar, dan bekas perkuburan di Gua Niah serta lukisan yang diconteng pada dinding gua membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu.

Penemuan ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebagai salah sebuah negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak.

Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Sarawak yang bergelar Abang. Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.

Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tentangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.