Pas akhir-akhir ini ketandusan isu. Pas harus berterima kasih kepada DSAI an Datuk Hassan Ahmad Bekas Pengarah DBP yang tidur. kerana berjaya menyibukkan meja media di pejabat Harakkak.
Jika bukan kerana demo di Masjid Negara dan Perarakan haram ke Istana Negara, Pengarang dan editor sibuk mengarahkan wartawan membaca akhbar-akhbar utama untuk dimanipulasi berita-berita yang ada untuk dimuatkan dalam Harakah.
Pembaca harakah hari ini ada terdiri dari golongan dewasa yang bukan penggemar IT. Edaran kepada ahli-ahli juga menurun kerana kemelesetan ekonomi. namun Harakah terpaksa memaksa setiap ahli cawangan membelinya.
Rungutan pembaca harakah yang ketandusan bahan sudah lama didengar, mereka bosan dengan isu penyampaian yang berbelit-belit macam ular, saya menambah kepada mereka "memangla....kena pusing pusing cakap lah, baru orang percaya"
Hari ini harakah terpaksa melanggar peraturan pengedaran dengan menjualnya di kedai-kedai buku atau kioks. Mereka tahu itu salah, tetapi apakan daya untukk menyelamatkan harakah , mereka terpaksa menjualkannya di tempat awam.
Minggu ini harakah boleh berbangga kerana bakal mencatatkan jualan yang tinggi disebabkan orang ramai nak melihat wajah mereka yang dipaparkan dalam harakah semasa demontrasi Jumaat lalu.