IPOH 7 Mac - Tindakan pakatan pembangkang mahu menanam lima batang pokok di kawasan 'Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak' di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, merupakan satu lagi gimik politik bagi terus mengelirukan rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib menyifatkan usaha pakatan pembangkang itu bertujuan memalukan negara dan Perak serta meraih simpati masyarakat.
"Sidang bawah pokok yang mereka lakukan itu adalah bersifat kebudak-budakan dan mereka tahu persidangan tersebut tidak sah di sisi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan peraturan dewan.
"Rata-rata rakyat Perak tahu Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir adalah Menteri Besar yang sah. Jadi tujuan mereka hendak tanam pokok itu adalah untuk menambah lagi rasa kecewa kalangan penyokong mereka," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, pakatan pembangkang menyatakan hasrat untuk menanam lima batang pokok jemerlang atau yellow flame atau berhampiran kawasan Sidang DUN bawah pokok itu sebagai kenang-kenangan.
Menurut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, kawasan berkenaan bakal menjadi lokasi pelancongan baru kerana sidang DUN itu merupakan yang pertama kalinya berlaku dalam sejarah Perak.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim berkata, pakatan pembangkang akan terus bertindak di luar dugaan bagi memastikan momentum politik mereka tidak tenggelam.
Kata beliau, kebanyakan pemimpin DAP adalah peguam dan mereka tahu apa yang mereka buat selama ini adalah salah di sisi undang-undang.
Tambahnya, mereka sengaja mengeksploitasikan keadaan politik semasa dan tindakan itu merupakan pendekatan yang sering digunakan oleh DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama ini.
Ulasan Taipingmali;
Bila dah besar pokok tersebut eloklah dibuat kuil di bawah tiap-tiap pokok. Satu tokong untuk Ngeh, satu kuil untuk Sivakumar, Nizar boleh buat wakaf dan import tukang kayu dari Kelantan. Satu lagi boleh buat buaian untuk puteri bunian bersantai dan yang ke lima boleh KIV duluuu