Ahad, 8 Mac 2009

Genap setahun PR memerintah Selangor, Penang dan Kedah

Hari ini 8 Mac 2009 jatuh pada hari Ahad. Setahun yang lalu 8 Mac jatuh pada hari Sabtu, hari yang malang untuk rakyat Malaysia kerana terpedaya dengan janji-janji dajal.

Sayang dan kecewa kerana Nizar gagal mengadakan majlis hari jadinya pada hari ini. Difahamkan Khalid Gagap dan Ustaz Lim akan mengadakan majlis sambutan setahun pemerintahan hari ini. Tak salah, buat lah. Jangan ada Yamseng sudah lah.

Dan semalam ramai orang kampung aku berbondon-bondon naik bas rombongan ke Masjid Negara untuk protes PPSMI dan mereka belum balik lagi, mungkin terus merayakan sambutan satu tahun pemerintahan PR di Selangor.

Sedih, mula-mula disuruh duduk dalam Masjid Negara tetapi akhirnya dipaksa berjalan bagaikan buruh paksa untuk ke Istana Negara. Kesian sungguh kepada pak cik-pakcik dan budak-budak yang tak habis sekolah dan yang ponteng sekolah. Di mana letaknya pemikiran genius sasterawan negara? Dimana kebijaksaan Ainon Pts dan lain-lain Professor Malayu yang berjaya mencipta nama dalam dunia ilmu hasil kemerdekaan negara.