Ahad, 8 Mac 2009

Tian Chua perlu lepaskan jawatan dalam parti-Pengkhianat Negara

Tian Chua Ahli Parlimen Batu telah didedahkan oleh setengah pihak sebagai salah seorang teman intim Elizabeth Wong. Bila ditanya mengenai hubungannya dengan Elizabeth , Tian Chua telah mengugut akan memecahkan kepala sesiapa yang membangkitkan isu itu.

Marah sungguh Tian Chua bila namanya dikaitkan dengan skandel Eliz. Tian Chua patut disimpan sahaja dalam Kem Tahanan Kamunting untuk satu tempoh yang panjang. Ini kerana penglibatannya dengan pertubuhan luar yang berusaha untuk menjahanamkan sistem demokrasi negara.

Sikap kurang ajar Tian Chua bukanlah baru, Dia pernah ditahan di Sydney ,Australia kerana membantah kenaikan yuran pelajar-pelajar pada tahun 1985 dan juga membantu Ramos Horta peminpin Timur Leste hari ini.Di Malaysia dia juga orang penting dalam SUARAM dan ARDA. Paling teruk ialah hubungan dengan Elizabeth Wong. Andainya Wong mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Adun maka Tian Chua juga perlu melepaskan MP Batu secepat mungkin.

Satu lagi, sebelum berakhir pos ini, kenapa Miss Kok Seputeh tidak bunyi apa-apa ??