Hari ini kita sering dibuaikan oleh istilah good governance. Pakatan Rakyat sering menggunakan istilah ini dalam agenda politik mereka. Remaja dan golongan muda hari ini bersetuju dengan istilah ini dan mahukan kerajaan pemerintah lebih telus dalam tugas mereka. Tanpa ketelusan pemimpin dianggap korup.
Adakah kita terpaksa akur dengan saranan idea barat ini. Mereka sentiasa mendesak agar kita lebih transparent sedangkan mereka tidak melakukannya. Apakah semua dokumen-dokumen dan kertas-kertas rasmi kerajaan didedahkan dalam bentuk PDF dan dimuat naik ke laman web. Pada hemat saya tidak semua yang boleh kita dedahkan, ada yang perlu dirahsiakan.
Sebagai contoh pembelian kapal selam oleh kerajaan pun menjadi modal politik oleh pembangkang. Buat apa perlu didedahkan segala maklumat pembeliannya kepada umum. Ini hak keselamatan kita , syarikat yang menjual dan membina juga mempunyai maklumat sulit yang tidak boleh didedahkan. Saya pernah membaca mengenai syarikat pembuat kereta sport yang merahsiakan segala maklumat pembelian pelanggan mereka.
Demikian jugalah jika kerajaan melabur wang yang banyak untuk projek ketenteraan, keselamatan dan apa jua projek biarlah ia menjadi rahsia kerajaan, kita rakyat jangan nak memandai mendesak agar segalanya mesti transparent. Apakah rahsia rumahtangga anda sanggup di transparent kan?
Good governance banyak ditulis dan diperjelaskan dalam laman-laman web. dan ia bukan semuanya betul dan sesuai untuk diikuti.