Selepas selesai ucapan TPM dan selepas pengumuman calon P59, saya dan seorang rakan telah pergi ke sebuah warung untuk berehat dan mengalaskan perut. Di sana sudah ada beberapa orang lain yang sudah menunggu. Banyak tajuk yang politik yang dibicarakan di situ terutama untuk mengembalikan kerusi p59 kembali kepada BN. Tapi isi perbualan biarlah menjadi rahsia dan strategi perang.
Bab yang boleh dibicara ialah konsep dan keadilan. PakatanRakyat mengutarakan tentang sebuah kerajaan yang baik, kerajaan yang telus dan menengakkan keadilan.
Pertama ialah kefahaman tentang keadilan. Generasi baru hari ini kurang memahami erti keadilan sebenarnya. Keadilan bukan beerti sama hak, sama kuantiti, keadilan juga bukan hak penerima, sebaliknya ia menjadi hak tangan yang memberi.
Datuk tersebut memberi contoh, sebagai ayah kita kena bagi wang belanja untuk anak kita, anak sulung berada diluar negeri dan ayah memberi belanja RM 300 sebulan dan anak yang tinggal di rumah diberi RM 50 sebulan. Pada anak yang tinggal dirumah mungkin ini tidak adil sebab tidak wujud kesamarataan.
Bagi ayah itu adil, sebab anak diluar negara terpaksa berdepan dengan kos kehidupan berseorangan dan mungkin kos hidup yang tinggi. Sebaliknya anak yang mendapat RM 50 tidak perlu bersusah payah.
Orang Cina yang maju dalam ekonomi kena faham erti keadilan, begitu juga remaja hari ini. Macam kita memasak lah, mesti adunannya menyedapkan rasa, bukan ikut keadilan hak sama rata., sekilo ikan, sekilo rempah, sekilo garam. jawabnya seperiuk masakan akan terbuang, sapa nak makan,,tak sedap.
Bangsa Melayu yang jauh ketinggalan perlu diberi wang RM300 dan cina yang ada segala-galanya bagi RM50 pun cukuplah. Tetapi kita faham bukan semua cina kaya..