Sabtu, 28 Mac 2009

Kita Wajib Tolak Pas

Pas memperalatkan agama demia kepentingan politik . Pas membuat hukum sendiri demi politik duniawi.

1963 Dewan ulama Pas Kelantan telah memutuskan bahawa orang Islam yang bekerja samadengan kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram dan diikuti pula amanat Haji Hadi Awang pada April 1981, menyatakan sesiapa dikalangan pengikut Pas yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid.

Hadi Awang membuat amanat itu semata-mata kerana padanya UMNO mempertahankan perlembagaan penjajah, padahal Pas juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang tubuh Pas 6 (11)

Pas juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif dalam PRU 1999.

Kenyataan TG Nik Aziz pada 15 April 1995 bahawa tokoh -tokoh agama UMNO sama dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani, yang menentang Nabi Muhammad SAW.

24.01.1999 TGNA berkata di Kpg Pulau Melaka bahawa Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk DAP dalam menghadapi PRU. malah dengan syaitan sekalipun dia terima sebagai kawan.

Sebaik sahaja memegang tampuk pemerintah Terengganu pada 1999, Hadi Awang mempersendakan hudud dengan mengatakan perlaksanaan hukum hudud akan melalui proses yang panjang.

(Padahal hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam.)

1999 TGNA sanggup menghina Allah dengan mengatakan Allah juga memaki, mencemuh dan mencarut semata-mata hendak membela seorang ahli Pas yang menulis buku berjudul 'Shit"

Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. di mana Shahnon Ahmad telah menggunakan perkataan carut dan lucah dalam karyanya yang terang-terang bercanggah dengan Islam.

Ini adalah contoh bagaimana pemimpin Pas membuat sesuatu hukum hanya semata-mata kepentingan kuasa dan politik mereka.

Natijahnya, sehingga kini pengikut Pas dan penyokong Pas masih lagi taksub berpegang kepada kata-kata pemimpin mereka.