Selasa, 24 Mac 2009

Mengilmukan Rakyat dengan Bahasa Asing -Gagal

"Mengilmukan rakyat dengan bahasa asing, gagal" ini adalah petikan ucapan Hadi Awang dalam ceramah beliau semasa kempen menentang PPSMI tempoh hari.

Seorang penceramah lain pula menyebut " kita risau bahawa bahasa melayu akan pupus jika PPSMI di teruskan, kerajaan BN juga berusaha untuk melenyapkan bahasa Melayu, satu hari nanti Bahasa Melayu juga akan diajar dalam bahasa Inggeris".

Bijak-bijak....fikirlah sendiri..

p/s

Bagaimana pula Tuan Guru mengajar agama Islam dengan menggunakan bahasa Arab? Adakah anak-anak didik tuan guru juga gagal dalam ilmu agama yang tuan ajarkan?

Bagaimana kuliah-kuliah agama yang dipelajari oleh penuntut-penuntut melayu di Mesir, Jordan, Arab Saudi juga gagal?

Seperkara lagi ialah bab TULISAN JAWI. Pas menuduh Umno yang menghapuskan tulisan jawi. Sebenarnya salah besar tu. Zaaba sejak awal lagi sudah memperkenalkan tulisan rumi ke dalam bahasa Melayu. Buku " Sejarah 'Alam Melayu" tulisan Abdul Hadi Bin Haji Hasan telah dicetak pada tahun 1947 oleh Malaya Publishing House Limited di Singapura telah membuktikan bukan Umno yang menghapuskan tulisan jawi.