Selasa, 24 Mac 2009

Senario Politik P59 Kini.

29 Mac ini akan terjawab teka teki siapa yang akan disahkan bertanding dalam 3 PRK. Maklumat terkini, 10 individu telah mengambil borang dari SPR untuk Dun Bukit Selambau. Di Bukit Gantang pula 9 borang telah dikeluarkan. Batang Ai belum ada maklumat.

Dalam PRU12, tiga calon bertanding di Bukit Gantang iaitu Umno, Pas dan satu Bebas. Kali ini yang mengesahkan ialah Umno, Pas, Akim, dan kemungkinan besar PKR akan meletakkan calon. Dap memang tidak mendapat tempat di sini, walau bagaimanapun Dap akan terus menyokong Nizar, tetapi bukan menyokong Pas. Dap memang tidak suka akan Pas tetapi demi menghidupkan Dap untuk terus berkuasa di Perak. Dap sanggup buat apa saja walaupun terpaksa mengadaikan anak gadisnya kepada rakan-rakan regunya.

Nizar pula berdarah kacukan Melayu-Cina telah menghina Melayu dengan meletakkan nilai Melayu hanya bernilai 3 sen sahaja. Tanpa disedari hari ini Nilai Pas dan Nizar sahamnya ialah RM20.00 sahaja. Bagaimana angka 20 ini timbul? Baca lah pos saja sebelum ini.

Pas juga dilihat terlalu terdesak dalam menghadapi PRK di P59. Ini kerana Harakah telah diharamkan pengeluarannya untuk 3 bulan. Mereka hanya bergantung kepada laman-laman blog sahaja. Ini juga tercabar dengan kelahiran BPN. Sehingga satu blog Parpu kunyit telah cuba meburukkan 5 blogger BPN. Panglima Perang Cyber, Perak Bangkit, Gomo, Parpu Kari, Taipingmali dan beberapa lagi menjadi halangan mereka untuk terus mengedarkan dakyah mereka.

Dalam PRU 12 , blog Pas dan Pkr menjadi rujukan dan sumber kempen mereka, tetapi kali dengan wujudnya BPN ia menjadi tamparan hebat terhadap pembohongan mereka. Setiap hujah mereka dibaca , di tapis dan diulas semua. Pas telah melabelkan saya sebagai "menulis tanpa fakta yang kukuh" memang ada yang betul tuduhan itu. sebabnya saya hanya mengulas semula hujah mereka. kalau mereka mengakui tulisan saya tidak ada fakta maka fakta mereka juga adalah AUTA.

sekian.