Rabu, 25 Mac 2009

Orang Kg. Nizar berkata...

Tanpa Nama

Tahniah kerana membongkar pembohongan golongan munafik ni. Saya dulu penyokong kuat pas masa di universiti kononnya nak memperjuangkan Islam. Tetapi tingkahlaku rakan-rakan penyokong yang memualkan apabila diadakan debat (selalunya antara wakil umno, pas dan dap)menyebabkan saya berfikir semula inilah wadah perjuangan Islam. Mereka langsung tidak menggunakan akal yang waras untuk berbicara tetapi lebih mengikut telunjuk syaitan dengan sikap amarah, benci dan berdendam.

Apabila keluar dari U dan bekerja saya melihat sikap hipokrit mereka yang hanya cakap tak serupa bikin. Menghentam kerajaan, tetapi makan minum anak bini, kereta, rumah hasil usaha kerajaan yang diterajui UMNO. Sikap mereka yang culas bekerja, asyik bersembang, membuang masa langsung tidak menunjukkan sikap pendokong Islam. Islam hanya di mulut bukan sebagai cara hidup.

Saya tak hairan jika kini merekapun mula menyogok pengundi. Sebelum inipun mereka menyogokkan syurga kepada mereka yang mengundi mereka. Sebab itu tak hairan kenapa boleh terima undi dap kafir harbi walaupun sebelum ini mereka mengkafirkan UMNO kerana bekerjasamma dengan MCA dan MIC.

Sebab KUASA nizar sanggup ketepikan nasihat Dato' Mufti. Kononnya dap kafir harbi akan ikut telunjuk pas. Tapi siapa ikut telunjuk siapa ? SEKARANG NIZAR JADI CALON DI BUKIT GANTANG KERANA MEREKA NAK UNDI CINA DAP KAFIR HARBI.

2009 Mac 25 23:03