Rabu, 25 Mac 2009

Bukti Umno Parti Muafakat Tulen

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menang Ketua Puteri Umno dengan 245 undi, tewaskan lima calon lain.

Bagi jawatan Naib Ketua Puteri dimenangi Shahanim Mohamad Yusoff.

Ulasan Taipingmali;

Kemenangan Datuk Rosnah membuktikan dalam Umno tidak berpuak-puak seperti yang digembar gemburkan oleh musuh-musuh BN. Anda datang dari ceruk rantau manapun, bila berada dalam Umno kita adalah bersaudara. Pertandingan dalam parti ada menjadi lumrah. Umno yang dominan menyebabkan ia tidak ketandusan pemimpin. Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub juga boleh menjadi Ketua Pemuda jika berada dalam Umno, begitu juga dengan wanita Pas seperti Dr Lo' Lo' juga boleh dicalonkan menjadi Ketua Wanita jika berada dalam Umno.

Menjadi batasan dan halangannya iala mereka ini dididik oleh pemimpin Pas dari kecil lagi supaya mempunyai perasaan anti Umno dan anti BN. Kadang kala terdapat orang Pas yang jiwanya ialah Umno, tetapi oleh kerana ibubapa mereka Pas atau tinggal dalam kelompok Pas maka mereka tidak berani untuk menerjah keluar untuk bersama-sama dengan barisan Umno.

Tahniah kepada KJ yang dinobatkan menjadi Ketua Pemuda.