Rabu, 25 Mac 2009

Penyokong Pas Marah dengan Post saya jam 5.17pm tadi

Kepada penyokong tegar Pas, Jangan gundah gulana dengan pendedahan yang saya buat tadi. Bukan nya susah nak korek rahsia apa yang Pas dah buat di Bukit Gantang. Tak perlu pergi ke rumah-rumah pengundi untuk dapatkan maklumat.

Saya juga tak perlu bertanya kepada kepada tuan tubuh yang menerima hadiah atau rasuah dari Pas. Saya hanya perlu duduk minum kopi diwarung-warung dan pasang telinga untuk mendapat maklumat. Satu lagi sumber mudah ialah bertanya kepada anak-anak kecil yang leka bermain di taman-taman permainan, belanja depa ais krim seorang semangkok , tanya lah apa pun, semua mereka ceritakan. Kanak-kanak tak menipu, tanya lah apapun mereka akan jawab betul tanpa selindung.

Bab surat layang dalam sampul surat ini dah lama Pas amalkan. Adakala sekeping dua saja, adakalanya berhelai-helai. Dalam PRU 12 semua orang dapat risalah propaganda Pas. Yang menyedihkan ialah surat layang yang direka oleh Pas menyatakan dengan meneciluk nama Adun Bn dari kawasan lain kononnya Adun tersebut menyeru pengundi supaya menolak calon BN kerana berbagai alasan yang tak betul. Saya pernah mengalami kes seperti ini, untuk memastikan samada benar saya yang kebetulan mempunyai nombor telefon Adun tersebut terus membuat panggilan untuk mendapat cerita sebenar. Memang sah bahawa Pas sanggup melaga-laga orang BN demi untuk kemenangan jijik mereka.

Tuan-tuan dari balik sana lihatlah sendiri poster-poster yang dipasang dan menghina pemimpin Umno di P59. Nak saya tunjukkan kah? tak perlu lah kut, sebab dalam blog Pas sendiri begitu bangga menghentam BN.

Sungguh islamik jiwa pas....