Rabu, 25 Mac 2009

NIZAR MENIPU PAS

  1. Entah apa ilmu hitam yang Nizar guna sehingga berjaya menjadi Calon Pas di Bukit Gantang. Nik Aziz yang tidak bersetuju dengan usul Nizar menjadi calon akhirnya terpaksa beralah dengan keadaan. Nizar ternyata amat gembira dengan kejayaannya untuk membesarkan perut dan temboloknya. Kuncu-kuncunya juga akan kenyang kerana usaha melobi kepimpinan Pas Perak dan Pas Pusat berjaya.
  2. Dap dilihat sebagai amat berpengaruh dalam Pas Perak. Pas Perak terpaksa menepikan calon-calon tempatan seperti Ustaz Idris dan juga Dr Jamnul Azhar Mulkan , kedua-dua individu ini adalah anak tempatan. Dr Jamnul sendiri mempunyai klinik di Simpang Taiping. Sayang seribu kali sayang Nizar juga yang mendapat tempat.
  3. Angkara siapa semua ni? Adakah mainan DSAI atau Ngeh dan Nga.
  4. Jentera Pas juga telah menjalankan kempen dari rumah ke rumah, terutama kepada kaum bukan Melayu. Maklumat yang saya terima adalah mengejutkan. Pas sudah mula menabur wang dan menghadiahkan beras, gula, tepung, susu dan lain-lain kepada pengundi. Ini sudah boleh dikategorikan sebagai RASUAH. Pas selama ini menuduh BN dan Umno sebagai kerajaan zalim dan mengamalkan rasuah. Tetapi sekarang mereka sendiri yang mengamalkannya di Bukit Gantang.
  5. Hari ini Pas juga boleh berbangga kerana kaum bukan Melayu sudah ramai yang bersetuju untuk memberi undi kepada Pas. Dap juga dalam kempen mereka menyatakan UNDI NIZAR SAMA JUGA MENGUNDI CALON DAP.
  6. Sokongan DAP kepada Nizar mungkin sebagai membalas jasa Nizar yang telah menjadi boneka Dap di Perak selama 11 bulan.
  7. Pas juga merupakan Parti Islam (ikut kata Pas lah) Sebagai parti Islam anda dilarang merosak atau menceroboh harta orang lain, apa lagi menfitnah dan memaki hamun orang lain. Islam hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik. Apa guna berserban dan berjubah kalau hati busuk seperti pekung.
  8. Fokus saya ialah selain ceramah yang penuh dosa nista Pas juga membentuk pasukan samseng untuk merosakkan bendera-bendera Umno dan BN. Dari Jalan Stesen Kamunting sehinggalah ke Sungai Tinggi, banyak bendera BN dan Umno dirosakkan. ada yang dihumban ke dalam semak, dalam longkang dan diletak diatas jalan dan dilenyek dengan tayar kenderaan mereka. Adakah Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya berbuat demikian?
  9. Tak lama lagi Pas akan membentuk satu pasukan kawaq malam untuk menyebarkan surat-surat layang dalam sampul surat 4x9 ke rumah-rumah pengundi terutama rumah yang pengundinya menyokong BN. Hairan kenapa bertindak seperti bacul. Kenapa tidak mengedarkan risalah mereka siang-siang hari supaya kita kenal muka-muka mereka.