Ahad, 29 Mac 2009

RM 70 juta baik pulih Bkt Antara Bangsa tak sebut membazir pun

Lagi pembaziran sedang berlaku di Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang

Saturday, 28 March 2009 • Kategori: Berita Negeri, Berita Semasa, Nasional, Parlimen, Perak, Politik, Selangor & Putrajaya, Video

BUKIT GANTANG 28 Mac (SK) : Sejumlah RM15 juta dijangka akan ‘hangus’ dibelanjakan oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang kali ini.

Seperti yang diumumkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Chor Chee Heung berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan RM15.153 juta bagi penugasan operasi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu, perkara yang sama akan berlaku dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Chor berkata penugasan tersebut melibatkan pegawai polis daripada semua jabatan dan cawangan dalam PDRM seperti Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan, Trafik, Unit Udara Polis dan Tugas Am.

Ia adalah kerana, kerja-kerja mendirikan khemah (kanopi) untuk penugasan polis secara besar-besaran sedang dilakukan serta merta di tanah lapang jalan ke Kuala Terong disini.

Rakyat akan melihat pembaziran hasil kerajaan dan keuntungan diraih oleh pihak-pihak tertentu yang berpihak kepada Umno di Bukit Gantang.

Pada pilihanraya kecil yang lalu, Pas menegaskan penugasan polis secara besar-besaran tidak perlu dalam pilihanraya itu kerana tidak ada apa-apa ketegangan luar biasa yang berlaku dan pilihanraya berlangsung dengan suasana aman dan tenteram

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ulasan Taipingmali,

Walaupun 20 juta di belanjakan oleh Polis dalam menjaga keamanan negara ia satu langkah bijak. PDRM telah memandang jauh ke depan.

Keselamatan rakyat mesti diutamakan. keselamatan negara perlu dijaga.

Pengalaman PDRM dalam menghadapi PRK sebelum ini sudah cukup mencabar dan semakin hari PDRM semakin matang dan bijak menguruskan PRK dan PRU.

PRK 036 membuktikan dengan kawalan PDRM yang ketat maka tidak ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Rakyat tahu DSAI ialah bapa perusuh negara sejak tahun 70an lagi. Sejak pemecatan beliau 1998, beratus-ratus program yang boleh membawa kepada rusuhan dan ketegangan telah dimulakan oleh puak-puak ini.

Perangai buruk puak-puak inilah yang menyebabkan PDRM terpaksa bertindak lebih bijak dari tahun ke tahun. Saya yang sentiasa berulang alik ke kawasan PRK 59 atas urusan kerja rasa begitu selamat dengan kawalan polis yang ramai .

RM 15 juta ialah angka yang telah disebut dalam parlimen dalam penguran PDRM di P36. Itulah modal mereka di P59. Bising sungguh kononnya pembaziran.

Kenapa tak sebut pembaziraan BN yang memperuntukkan RM70 juta untuk membaiki kerosakan muka bumi di Bukit Antarabangsa.