Khamis, 2 April 2009

April ialah bulan kemenangan

Satu satu kemenangan berpihak kepada yang benar dan ikhlas dalam perjuangan. Tadi Dr Zamry menyebut setelah 63 tahun tak kan tak ada sekelumit kebaikan dalam BN.

Pas seringkali melabelkan Bn sebuah kerajaan yang buruk, menolak Islam , perasuah, perampas kuasa dan berbagai lagi.

Seorang sahabat seorang guru memaklumkan kepada saya bahawa tidak ada mana-mana negara di Rantau Asia yang memberi bantuan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia hari ini.

Diperingkat sekolah terdapat 18 jenis bantuan yang diberikan kepada pelajar. Ibu bapa tidak sedar akan 18 perkara bantuan ini. Saya serahkan para penyokong Pas dan PR, cuba senaraikan 18 item bantuan kerajaan kepada pelajar. Saya nak tengok setakat mana kesedaran mereka.

Dalam kesihatan dan dan perubatan juga terlalu banyak bantuan dan kemudahan yang rakyat nikmati faedahnya. Sebut saja apa juga kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan semuanya membantu dan memberi kemudahan kepada rakyat. Sebut saja JAKIM, MUIS, JAWI dan sebagai nya ia juga menjaga hal-ehwal keluarga Islam dan syarie.

Bukan itu saja malam mengangkat syiar Islam dan membantu rakyat untuk mengamalkan syariat Islam dengan membina masjid dan surau yang akhirnya dirampas oleh Pas pengurusannya., ( ini baru betul Pas perampas dan penyamun) Rujuk masjid di Jalan Langar berhampiran dengan Hospital. Siapa yang membinanya dan siapa pula yang merampas kuasa. Begitu juga halnya Masjid Kpg Ekpo Kamunting.

Sejak peralihan kuasa pucuk pemerintahan Umno , sudah nampak akan kemenangan akan berpihak kepada BN. Hari ini satu kes di mahkamah sudah selesai. Kita tunggu lagi dua kes. dan paling signifiken ialah pada 7 April 09 nanti.