Rabu, 1 April 2009

Tahniah YAB Dr Zamry

Selama satu jam YAB Dato Dr Zamry memberi hujah-hujah dalam dialog di 1 secara langsung dari Komplek Sejarah Kota Ngah Ibrahim , Matang.

Harapan saya semua pengundi di P59 tanpa mengira dari mana-mana parti politik ada mengikuti program tersebut.

Di kampung saya dahulu kalau BN mengadakan ceramah politik semasa kempen PRU, Pas akan mengumpulkan penyokongnya di satu tempat dan mereka juga akan menayangkan video atau tape-tape ceramah oleh pemimpin mereka.

Tujuannya ialah untuk mengelakkan pengikut Pas dari terpengaruh dengan ceramah Umno atau Bn.

Dalam rancangan ini mungkin Pas juga telah mengadakan program yang sama , bertujuan untuk menutup mata dan telinga penyokong mereka.

Saya mengharapkan dialog tadi diulang tayang setiap hari sebelum PRK.