




Ngeh betul berdendam dengan BN. Walaupun hakikatnya dia tidak suka akan Pas, tetapi demi dendam dan amarah beliau sanggup turun padang berkempen untuk Nizar.
Seawal penglibatan kerajaan campuran PR di Perak , nyata Ngeh tidak mahu bertolak ansur dalam perlantikan jawatan MB. Bagaimanapun atas kehendak undang-undang tubuh negeri Perak MB mestilah beragama Islam maka Ngeh akur dengan keadaan.
Ternyata walaupun Pas menjadi MB, Pas masih lemah dan segala keputusan adalah ditentukan oleh Ngeh. Walaupun 11 bulan sahaja Ngeh terasa kuasanya boleh memperkatakkan (bukan kotak) Pas Perak.
Hari ini Ngeh dan beberapa ahli Dap, Pkr dan Pas telah turun padang untuk menarik undi Cina. Dia agak terkejut bila berhadapan dengan saya tadi. Tidak berani mengedarkan risalah kepada saya sebaliknya hanya senyum tawar sahaja.
Edaran mereka ialah risalah berbahasa Cina dan 2 flyer dalam bahasa Melayu mengenai isu PPSMI dan isu Umno menderhaka kepada Sultan. Bukan Pas yang menderhaka....