Mana-mana saja penyokong Pas tak habis-habis bercakap mengenai jumlah penyokong Pas . Megah sungguh depa. Tahun lalu semasa penamaan calon PRU12 mereka sedikit pun tak mahu bercerita mengenai jumlah pengiring Pas , Dap dan Pkr.
Tahun lalu suasana di kem pembakang arah Jalan Kota memang sunyi sepi. yang bising hanyalah tukang wel wel Pas. Restoraan Nasi Kandar Rahman sebelah pejabat Daerah pun tak sesak seperti Ahad lepas.
Saya akui Pas memang bawa ramai penyokong dari luar kawasan sebagai perang saraf untuk menakutkan BN. Oleh kerana hanya terdapat 2 penamaan calon sahaja di semenanjung makan Pas bertumpu ke Bukit Gantang. Malah ramai juga Pas Sungai Petani turun ke Taiping.
Pas juga berkata di sebelah kem Pas ada orang menjual makanan dan air minuman. Air minuman juga diedarkan untuk ahli PR. manakala puak-puak BN hanya minum air paip sahaja. Tak pa lah,,,,air paip pun rezeki Allah bagi...bersyukurlah.