8 Mac 2008 satu keputusan luar jangka telah berlaku dalam PRU 12, akibatnya Perak kehilangan majoriti dalam DUN.
Hilang nombor 28 kepada 6 Pas, 7 Pkr dan 18 Dap. Ketiga-tiga parti ini berlainan manifesto dan berlainan agenda.Tidak seperti BN yang mempunyai manifesto, mereka juga tidak didaftarkan sebagai sebuah gabungan yang sah oleh Pendaftar Pertubuhan.
Oleh itu PR adalah tidak sah seperti BN. Tetapi rakyat Perak dan juga pihak istana menerima gabungan mereka selepas 8 Mac.
BN tidak pernah marah atau membantah kepada Istana. Tidak pernah mempertikaikan keputusan Sultan memilih Pas, Dap dan Pkr untuk mentadbir Perak.
Barisan Nasional faham, bahawa Sultan boleh dan berhak memilih 3 parti ini untuk mentadbir (mentadbir bukan memerintah).
Sultan pada dasarnya boleh memilih BN yang dominan di Peringkat Pusat dan negeri untuk mentadbir tetapi Sultan Perak kali ini ingin mencuba yang lain. Ingat BN memperolehi 28 kerusi dan layak mentadbir Perak tetapi Sultan tidak memilih BN. Itu kuasa dan hak Sultan.
Hairan apabila Nizar hilang majoriti di dewan maka dia melompat gila bersama Ngeh dan Siva. sehinggakan menimbul pertikaian perlembagaan negeri dibawa ke mahkamah. dan ketiga-tiga parti ini seperti mabuk darah dengan bertindak melampaui batas-batas peradaban manusia.
Hari ini di persidangan pertama pada 7 May 2009 mereka sekali lagi bertindak liar dan tidak bertamadun.
Syukur kerana pihak PDRM bertindak bijak dengan memperolehi izin mahkamah untuk menahan sesiapa saja yang cuba menggangu diluar SUK.
Tahniah PDRM.
Penahanan beberapa orang ahli politik pembangkang di luar SUK juga disambut baik oleh majoriti rakyat Perak yang inginkan keamanan.
sekian.