Ahad, 24 Mei 2009

India Hindu kena hormati India Muslim.



Apa yang didedahkan oleh AL-Jazaara adalah cubaan untuk memburukkan sistem perundangan civil dan syariah di Malaysia. Kes ini hanyalah satu dalam beribu-ribu kes .

Banyak lagi kes-kes seperti ini berlaku dimana wanita Islam mengandung dan melahirkan anak-anak luar nikah dan bersekedudukan dengan pasangan mereka dari agama lain.

Anak-anak mereka berada dalam keadaan keliru bila kita bertanya mengenai kedudukan ibu bapa mereka. Bapa bukan Islam dan ibu pula mempunyai nama Islam dan berbangsa Melayu atau India Muslim.

Nama anak sudah tentu mengikut nama bapa. kemusykilan terdedah bilamana melihat nama ibu dalam surat lahir. Bagaimana agama anaknya? Sudah tentu menggunakan nama keturunan ayahnya.

Nak mengesan mereka ini tidak lah menjadi susah. pergilah ke Jabatan Pendaftaran atau pergi ke sekolah-sekolah Mission dan sekolah-sekolah persendirian, dapatlah jawapannya. Bapa anak-anak ini bijak dengan tidak menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah kerajaan seperti SK dan SMK.

Kepada Sister in Islam Zeena Anwar sudah la..awak dah terlanjur jauh....begitu juga dengan sahabat Un-War Prof Shah Saleem Faruqi anda baca artikel berapa ? itu artikal untuk penduduk bukan Islam ( Artikel 11(1) ).

Harap JAKIM dapat membendung dan mengesan wanita-wanita Islam yang sudah hanyut dalam agama mereka dan membawa balik ke agama asal (Islam) . Setiap negeri ada Majlis Agama dan setiap daerah pun ada Pejabat Agama. Harap jangan hanya tidur siang hari kerana nak beroperasi menangkap pasangan berkhalwat saja. sebab dapat elaun lebih. Jangan yang dikejar tak dapat , yang dikendung berciciran.

Mengenai India Muslim yang baru memeluk Islam juga hendaklah dibimbing dan dipantau supaya menghayati agama Islam secara betul. Ada kes India Muslim di Taiping yang tidak mengamalkan cara hidup Islam. Sungguh menyedihkan dan memalukan.