Ahad, 17 Mei 2009

Kesian Nizar



INGAT DAH DAPAT PENGESAHAN MB BALIK PERAK NAK TADBIR NEGERI RUPANYA BALIK NAK BUANG ORANG DAN NAK BUBAR DUN....APA PUNYA ORANG MACAM NI,,,,


--------------------------------------------------
Oleh Medan Info Kita

Anwar Ibrahim, Pembohong Nombor Satu Negara malam tadi telah membuat kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan rasmi beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Nizar Jamaluddin kekal sebagai MB Perak.


Kelmarin, sebaik sahaja Datuk Abdul Aziz Abd Rahim Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada Nizar, bukan main gegak gempitalah penganut penganut fahaman pembangkang menyambutnya, dengan muka tak malu umat Anwar Ibrahim ini "akur" dengan penghakiman Mahkamah Tinggi itu.

Walhal, minggu lepas, bekas Speaker DUN Perak, Sivakumar tidak mahu mengiktiraf keputusan Mahkamah yang membenarkan MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry bersama enam orang Exco dan tiga ADUN Bebas menyertai sidang DUN.

Sivakumar dengan angkuh dan sombong bodohnya berkeras tidak mahu memulakan sidang selagi Zambry bersama sembilan ADUN yang lain tidak tinggalkan dewan. Inilah dia jenis spesis "KLUK KLEK" satu sindrom yang MESTI mengalir dalam badan sesiapa yang menganut fahaman pembangkang, maknanya jika keputusan itu memihak kepada mereka, maka ianya dilihat baik dan mesti diterima, tetapi jika sebaliknya maka dianggap tidak adil dan mesti ditolak ...

Apa nak diherankan…, semua ini diajar dan dididik oleh Boss mereka, yang sudah dua kali mendepani tuduhan liwat dimana perbicaraannya kali ini bakal beraksi di bulan Julai.

Anwar Ibrahim membuat kenyataan rasmi dalam keadaan "gumbira" apabila Nizar diumumkan sebagai MB Perak yang sah. Berikut adalah petikan kenyataan rasmi beliau yang disiarkan di blognya sendiri http://anwaribrahim blog.com/ 2009/05/11/ nizar-menteri- besar-perak- yang-sah/

"Alhamdulillah saya menyambut baik keputusan mahkamah tinggi hari ini yang mengistiharkan YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini. Kami menyeru agar YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan segera dikembalikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan… "

Tetapi apabila Mahkamah Rayuan pula membenarkan Datuk Seri Dr Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi, nada dan irama kata kata yang keluar dari mulut busuk si Anwar Ibrahim pun dah berubah…

Sewaktu berlangsungnya Public Forum "From May 13 To 1 Malaysia" di Dewan Sivik Petaling Jaya malam tadi, Anwar didalam ucapannya berkata "It is not for the court of law to decide who should be MB, this should be decided by the people's court," he said to resounding cheers…. http://www.malaysia kini.com/ news/104270

Inilah dia sifat sifat mahluk yang lidahnya bercabang! Apabila keputusan memihak kepada Nizar, maka Anwar seperti petikan kenyataan diatas menyebut "Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini.." Malah Anwar menyambut baik keputusan oleh Mahkamah yang MENGISYTIHARKAN Nizar sebagai MBPerak yang sah. Akan tetapi bila Mahkamah Rayuan memihak kepada Dr Zambry, maka Anwar pun berkata "..It is not for the court of law to decide who should be MB..."

sumber - medan info kita
Yang benar,
----------------------------------------------
Perak masih berada dalam suasana ketidaktentuan politik (political uncertainty) . Apabila kes yang bersifat demokrasi mudah dibawa ke avenue undang-undang, maka kita juga seharusnya punya hati terbuka menerima keputusan mahkamah dengan seadanya. Tidak perlu ada bunyi-bunyi kurang senang, keputusan mengaibkan, curiga dan sebagainya. Sukar benarkah ingin menerima keputusan dengan hati yang tenang?

Apabila diumumkan kelmarin, bahawa Mahkamah Tinggi menerima Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Maka bertebaranlah pandangan di blog dan media bahawa ini adalah pembuktian bahawa mahkamah sudah membuat keputusan yang tepat dan betul. Mahkamah sangat `terbuka' dan amat adil dalam membuat keputusan. Sayangnya, apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan berbeza – mula 'serangan demi serangan' dilakukan kepada Badan Kehakiman.

Nizar sudah memulakan agenda serangan kepada badan kehakiman sebagai `build up' momentum sekiranya mahkamah perlu membuat keputusan `mega' tidak beberapa lama lagi. Dengan kes prima facie yang kukuh, kes yang bakal dibentangkan di mahkamah tidak beberapa lama lagi akan khusus merujuk kepada `cinta terlarang' antara seorang bernama Anwar dengan bekas kakitangannya.

Apakah serangan kepada badan kehakiman sebagai pemula agenda memanipulasi keputusan dan `jajaran' mahkamah dalam kes besar itu nanti? Nizar seharusnya faham dan maklum bahawa proses `RAYUAN' adalah sebahagian daripada permainan legaliti yang panjang. Jika keputusan 11hb Mei tidak memihak kepadanya, apakah PAS/Pakatan Rakyat dan `barisan peguam DAP' tidak akan melakukan proses rayuan? Itu sudah pasti. Justeru, apakah perlu serangan terhadap badan kehakiman dilakukan pada ketika ini?

Seharusnyalah, Nizar perlu berfikir jauh dan panjang. Bahawa segala usaha untuk menyelesaikan masalah `politik' dengan peruntukan undang-undang akan mampu memihak kepada sesiapa sahaja. Tidak perlu ada usaha menyerang yang melampau dan bersikap sinikal dengan badan kehakiman. Kenapa perlu ada double-standard dalam menerima keputusan mahkamah?

Sebagai seorang `gentleman', Nizar sepatutnya lebih berani untuk membawa sebarang masalah ke Sidang Dewan Undangan Negeri. Matematik mudah demokrasi akan memastikan kemenangan pihak lain dan ini cuba dielak oleh Nizar. Apakah usaha ini demokratik sifatnya? Tidak perlu rasanya pihak Istana menerima `demand' bersifat peribadi seorang individu yang TIDAK PUNYA command di DUN. Ini sesuatu yang sangat nyata dan tidak perlu dipertikaikan.

Usaha sabotaj dan melakukan huru hara di Sidang DUN adalah sebahagian daripada usaha desperate politik yang memualkan. Tidak ada sifir politik yang memberikan kemenangan kepada kumpulan minoriti. 28 tidak akan mampu menewaskan 31. Ini calculation politik mudah yang boleh dilunasi oleh kanak-kanak kecil. Nizar cukup dangkal jika menganggap dirinya masih lagi `champion' rakyat; sekiranya masih GAGAL mempunyai command di peringkat DUN. Ini asas yang perlu Nizar fahami.

Pilihanraya di Perak – pada hakikatnya akan menguntungkan orang lain selain PAS. DAP sangat strategik dalam hal dan perkara ini. Mereka tahu, mudah buat mereka mengumpulkan kekuatan dan sokongan orang Cina kerana mereka sudah menyerahkan segalanya di Perak kepada kepentingan orang Cina. Nizar dan wakil rakyat PAS lain hanyalah `alat politik' kepada DAP. Tidak lebih daripada itu.

Majoriti orang Melayu di Perak tidak melihat Nizar sebagai Menteri Besar yang menjaga kepentingan orang Melayu lagi. Sikap dan kepimpinan Nizar yang terus memberi muka kepada demand dan kehendak orang Cina amat mendukacitakan orang Melayu.

Anwar tidak perlu menggunakan isu Perak sebagai `platform' menyerang badan kehakiman. Anwar seharusnya punya keberanian untuk berhadapan dengan mahkamah – sebagai individu dan bukannya sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Anwar mesti menjawab sendiri segala perbuatan yang menjurus kepada terjebaknya dia dengan kes yang sedemikian hina dan hodoh. Dendang `konspirasi' sudah tidak boleh digunapakai – kerana Anwar sendiri yang memilih kakitangannya. Apakah itu juga jadi salah kerajaan?

artikel dari: Gelagat Anwar