Biasanya selepas PRU kita selalu dengar pihak yang kalah menfailkan petisyen. Apakah tujuannya?
Hanya satu, supaya pihak mahkamah mengisytiharkan yang menang dibatalkan dan yang kalah diisytiharkan pemenang dan menjadi wakil rakyat.
Selepas PRU 12 banyak kes dibawa ke mahkamah. Sehinggakan kesilapan kecil semasa penamaan calon pun menjadi pertikaian. (rujuk kes Rafidah Aziz di Kuala Kangsar), Raja Ahmad di Kubu Gajah,satu Dun di Perlis masih tergantung walaupun Dun diisytiharkan kosong
Hairan kenapa pihak yang mencabar tidak membuat permohonan supaya wakil rakyat yang menang diisytiharkan tak sah dan mohon diadakan semula pilihanraya.
Yang mereka failkan ialah kerana mereka mahu diri mereka disahkan sebagai wakil rakyat. ( tidakkah itu cubaan rampasan kuasa?
Itulah sifat Tri-Star sejak dulu lagi (1969) Yang sedihnya Pas mengikut saja rentak mereka di Perak. Berdasarkan rakaman video kekecohan di Dewan Persidangan Perak jelas menunjukkan Tri-Star yang mengganas, tetapi tak nampak pun gelagat wakilrakyat melayu dari Pas dan Pkr yang turut sama menggila macam Tri-Star.
Mereka tahu jika dengan mengadakan pilihanraya baru mereka yakin boleh menang.
Jika lambat ia akan menjadi sejuk dan telur tembelang akan bertambah busuk. Sebelum busuk lebih baik desak Sultan supaya bubar DUN. Cuma yang celaka ialah Nizar masih mengikut rentak sepupu sepapatnya dari Tri-Star.
Seperti yang taipingmali sebutkan selalulah. Nak PRU tunggulah PRU 13. Kita lawan lagi. Hari ini BN telah berjaya menterbalikkan majoriti Tri-Star dan Bn menang . Apa yang mereka tak puas hati seehingga menjadi sawan dan gila meroyan, tak percaya lagi mereka gila? lihat saja apa yang mereka buat di dalam dewan pada 7 Mei2009. tak kah itu kerja gila yang tidak bertamadun.
Sekarang BN menang di Perak, biarlah BN mentadbir negeri. Tak puas tunggu PRU 13.
Bola Sepak piala Malaysia, piala FA , Piala Dunia pun sekali saja Final. puas hati ka, tak puas hati ka,,,keputusan pengadil adalah muktamad. So Nizar sudah membawa kes ke mahkamah tinggi dan berjaya. dan Nizar adalah menteri besar yang sah. Cuma Dr Zamry pula lebih berjaya kerana berjaya mendapat penangguhan di Mahkamah Rayuan.
Lucu melihat tindakan Nizar dalam tempoh 19 jam. Dia sedar bahawa kemenangan di mahkamah tidak membawa apa-apa erti , sebab majoriti nya kurang. sebab itu Nizar tidak berani meneruskan persidangan DUN. Takut dia digulingkan oleh suara majoriti....Ini lah yang menyebabkan Tri_Star mengamuk dan membuat huru-hara dalam dewan. Mungkin mereka mahu Perak di perintah dibawah undang-undang darurat dan sultan pun membubarkan DUN.
KuLi yang dah tak laku di Kelantan pun ingin bersuara, terima kasih. tetapi suaranya tidak boleh diterima pakai lagi. dan Kelantan pun dah tak mahu dengar lagi apa-apa yang terkeluar dari mulutnya.