Dalam perbincangan saya dengan Adun Selama Dato Hj Daud 29 Mei mengenai gelagat wakil rakyat pembangkang Perak, beliau telah bersetuju dengan saya bahawa wakil rakyat pembangkang ini kurang bijak dalam bidang yang mereka ceburi.
Ini mungkin kerana mereka bukan mendapat didikan secukupnya untuk menjadi seorang YB atau diuji secukupnya untuk menjadi pemimpin. Menurut Dato Hj Daud juga pembangkang hanya main tangkap muat sahaja untuk menghadapi PRU 12.. Yang bijak berpolitik hanya pemimpin mereka sahaja seperti Anwar anak beranak , Lim anak beranak, Singh anak beranak dan juga segelintir Pas. yang lain tu lesen 'P' pun tak ada lagi. masil 'L'
Ini jelas kerana mereka kekurangan calon yang berwibawa dan siapa yang sanggup melabur sedikit wang untuk penamaan calon dan kempen maka mereka tersenarai oleh pemimpin mereka. Soal disiplin, etika, ketrampilan, peradaban diketepikan.
"Ini amat berlainan dengan BN. Seseorang yang ingin menjadi wakil rakyat ialah orang yang betul-betul berminat dan telah lulus pelbagai ujian dan tapisan di semua peringkat. Ketahanan mental dan jati diri mereka telah teruji . Berapa ramai ahli politik BN yang kecundang sebelum ditabalkan sebagai wakil rakyat atau lebih hebat ujian jika bertaraf ahli parlimen."
"Peringkat parlimen pula ramai ahli politik BN yang gagal dalam ujian-ujian akan berakhir begitu sahaja, manakala yang terbukti kewibawaan dan sikap mereka serta tahan diuji , maka bintang mereka terus menyinar. Lihatlah DS Najib, Tun Mahathir sudah cukup membuktikan bahawa ahli politik BN lebih hebat dari wakil rakyat pembangkang." Ujar Dato lagi.
Berbalik kepada Dun Perak. Kita sedia maklum bahawa persidangan Dun Perak pada 7 Mei 09 telah mencatat satu sejarah pahit buat negara kita. Ini berpunca kerana SIKAP wakil rakyat pembangkang yang cuba menggagalkan persidangan.
Mereka juga biadap dan tidak menghormat Raja Dr Nazrin Shah yang sudah bersedia untuk merasmikan persidangan. Akhirnya bila polis dipanggil masuk untuk mententeramkan keadaan , Nga pula telah membuat sidang akhbar dan menghina polis . Tahukah mereka bahawa Polis Malaysia mempunyai lambang PDRM atau Polis Di Raja Malaysia. Oleh itu Polis berhak bagi pihak SULTAN untuk masuk dan mengawal keadaan di dalam dewan
Akhir kalam, wahai wakil rakyat pembangkang yang tak faham erti YB, Taipingmali berharap mereka renung kembali apa makna nya YB.
YB bukan Yang Boroi, Yang Bodoh, Yang Biul, Yang Bongkak, tetapi YB bermakna 'YANG BERHORMAT'.
Sebelum rakyat menghormati Yang Berhormat, Yang Berhormat hendaklah;
Hormati diri anda,
Hormatilah pakaian istiadat anda,.
Hormatilah pingat-pingat yang anda terima.
Hormatilah DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.
Hormatilah Raja dan Rukun Negara.