Ahad, 7 Jun 2009

Wartawan, aurat dan muktamar

Pas yang kita faham ialah sebuah parti politik yang berlandaskan Islam. Pas for all, semua boleh bersama mereka tanpa mengira warna kulit dan fahaman agama. Ini bererti Pas sudah berfikiran terbuka dan tidak lagi seperti katak di bawah tempurung.

Dahulu Pas menentang kafir dan tidak boleh membiarkan diri mereka di dampingi oleh kafir. apalagi bekerjasama dengan kafir. Tetapi hari ini semua sudah ok, semua boleh dibawah konsep PAS 4 ALL dan disebalik slogan tersebut ada lagi satu yang berbentuk ugutan, iaitu "SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT" yang ini tidak ramai yang setuju.

Berbalik kepada soalan aurat wanita khususnya. Ramai wartawan wanita melayu dan bukan melayu yang datang untuk buat liputan dengan pakaian yang tidak menutup aurat telah ditempelak oleh Pas. Di fahamkan ada yang menghampur kata-kata kesat yang tidak mencerminkan kepimpinan sebagai pendokong parti Islam, main sedap mulut sahaja.

Di sini TAIPINGMALI ingin memberi cadangan kepada Pas. Pas kena dengar dan terima lah cadangan ini. Tahun depan atau apa-apa acara yang bakal dibuat oleh Pas maka Pas hendaklah menyediakan pakaian khusus untuk wanita seperti menyediakan kain tudung dan jubah untuk dipakai oleh wartawan-wartawan melayu atau bukan melayu yang tidak menutup aurat, bukannya susah sangat, kerja mudah tu.

Kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan tatacara ini dibeberapa buah masjid yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri. Pihak masjid telah menyediakan kain jubah dan tudung untuk dipinjamkan kepada wanita-wanita yang terdedah auratnya. Mereka tidak menengking atau menempelak mereka.

Tapi tak apa lah, Pas baru kenal erti dunia, baru keluar dari bawah tempurung. baru nak belajar. kita kena tolong nasihat lah adik-adik ini. Badan saja bulat, akai pendek lagi,