Selasa, 28 Julai 2009

Al-Jub berhasrat untuk menipu PM

Pembangkang mahu jumpa PM bincang perkara mendesak

28/07/2009 9:11pm

KUALA LUMPUR 28 Julai - Pimpinan parti pembangkang mahu mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan beberapa perkara mendesak termasuk peranan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya mahu skop suruhanjaya berkenaan diperluaskan dan tidak dihadkan kepada proses siasatan sahaja.

“Kita mahu suruhanjaya turut menyiasat punca kematian Beng Hock,” kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Anwar berkata, pertemuan itu juga adalah untuk mendapatkan pandangan Najib agar beliau bersetuju untuk menghapus kan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). - Bernama


ULASAN TM

Perjumpaan ini hanya sebagai satu lakonan awal untuk mendapat lesen.

Lesen apa?

Lesen untuk dia menghentam PM kemudian. Dia tahu kerajaan tidak akan menghapus kan ISA dan Al-Jub tidak berani berdepan dgn PM. Lebih-lebih lagi bila dia terlalu berminat mengaitkan nama PM sebagai Attantuya. Rasanya nak melintas depan Najib pun dia tak berani. apa lagi nak mengadapnya.