Jumaat, 31 Julai 2009

Amelina dangdut dihalau keluar dari rumah sewanya

Semalam semua saluran media tempatan telah menyiarkan kisah malang yang menimpa bekas penyanyi dangdut yang dihalau keluar oleh pemilik rumahnya. Alasannya ialah tak bayar sewa rumah selama dua bulan.

Kejam sungguh pemilik rumah tersebut. Bangsa apa yang kejam sedemikian. Perkara ini tidak akan berlaku jika pemilik rumah ialah Amelina dan menyewa ialah tuan rumah. Sudah tentu berbelas-belas lawyer akan datang membela naibnya, dan mungkin perhimpunan kes saham Maica akan batal dan semua akan menuju ke Bukit Kemuning Shah Alam di mana peristiwa halau dan cubaan melelong barangan milik penyanyi diadakan.

Inilah realiti hidup hari ini. Saya pun sama juga , bila menyewa tak dapat bayar sewa rumah saya dalam sebulan dua kita terima. mungkin dia ada hal lain yang mustahak bulan itu. Fleksibel lah.