Khamis, 23 Julai 2009

Minta Bulan Terang Dapat Bulan Gerhana

Dap betul-betul parti perkauman, lihat saja apa tindakan mereka bila geng jahat yang bersama mereka mati, sekapal, setongkang suara mereka menuntut pembelaan. Akhirnya kerajaan bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya.

Bagus lah tu. Teringat kisah kononnya pelancong ChINA dipaksa buat ketuk ketampi dalam lokap polis. Mereka juga desak ditubuhkan suruhanjaya siasatan. Akhirnya terbukti tuduhan Kok tersasar, adakah dia memohon maaf kepada kerajaan dan PDRM?

Banyak lagi kes yang Dap tuntut ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja. Hairan, mereka juga menentang raja dan mereka juga pada waktu-waktu tertentu sangat-sangat memerlukan raja. terutama untuk gelaran darjah kebesaran.

Dalam urusan perlantikan MB Perak , Dap juga yang menentang istana dalam perlantikan MB.

Hari ini permintaan mereka dilayan lagi, untuk menyiasat kes kematian Teoh, mula-mula seronok ,esok-esok sudah pasti dikalangan mereka sendiri yang tak lena tidur dan tak mustahil ada lagi seorang dua akan terjun sungai atau jambatan.

Kematian Teoh juga mendapat pembelaan dari ahli-ahli ortodok Pas. Berbagai tohmahan dilemparkan terhadap SPRM.
Apa untungnya Pas membela Dap, seandainya suatu hari ada ahli Pas yang ditimpa bala , adakah Dap akan membela seperti apa yang berlaku sekarang?