Pengusaha bas henti-henti di negeri ini berada dalam keadaan resah kerana mendakwa perkhidmatan yang mereka sediakan tidak membawa keuntungan dan hanya lebih kepada sumbangan khidmat sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, masalah itu berlaku ekoran pertindihan laluan bas dan kekurangan penumpang di kawasan tertentu.
Kata beliau, persaingan antara syarikat pengusaha bas yang membekalkan perkhidmatan di laluan sama menyebabkan mereka tidak mendapat keuntungan seperti yang diharapkan.
''Terdapat 18 buah syarikat pengusaha bas di Ulu Kinta dan tiga atau empat bas menggunakan laluan yang sama di satu-satu kawasan. Ini pasti memberikan persaingan.
''Di Taiping pula, ada perkhidmatan bas tetapi jumlah penumpangnya kurang. Jadi, kita perlu memikirkan langkah untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan menarik orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam," katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama Persatuan Pengusaha Bas Henti-Henti di sini hari ini.
Mesyuarat kali kedua itu bertujuan mencari jalan penyelesaian bagi membantu pengusaha-pengusaha bas di seluruh Perak dan Ulu Kinta sebelum satu usul dibuat.
Jelas Hang Soon, beberapa inisiatif akan dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut dan satu lagi mesyuarat bersama Unit Perancangan negeri dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan ( LPKP ) akan diadakan bulan depan bagi menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini.
''Kerajaan negeri cukup memandang berat masalah ini. Kita akan mengkaji cara untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan. Kita mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
ULASAN TM;
Ini adalah petikan daripada akhbar hari ini, Laporan ini menggambarkan rakyat Perak hidup mewah dan berkemampuan. Pihak pembangkang dalam kempen PRU 12 telah menuduh kerajaan yang ada tidak membela nasib rakyat. BN menipu rakyat.
Siapa yang menipu rakyat? BN atau lidah haram dari Pakatan Rakyat?
Di Taiping masih ada beberapa buah syarikat bas yang masih berfungsi, tetapi penumpang jelas semakin berkurangan dari hari ke sehari. Rata-rata penumpang bas adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah yang tidak memiliki lesen motosikal. Begitu juga golongan warga tua yang tidak memiliki lesen memandu dan memang daripada golongan daif. (daif pn handset ada juga).
Orang Pas lagi lah tak naik bas, semua sudah kaya raya. ada Alphard, ada Estima, ada Storm kaya kerana mendapat lesen kontraktor kelas F dan juga lesen Bekalan dan Perkhidmatan. Hari-hari muka mereka dapat dilihat dipejabat-pejabat kerajaan cari kerja. tetapi petang-petang duduk di warung kopi dan kutuk kerajaan. AKAI ADA KA??