Ahad, 2 Ogos 2009

Makhluk ini akan di I.S.A. oleh KDN

35,000 keping syiling palsu dirampas

KAJANG – Sebanyak 35,000 keping duit syiling palsu 50 sen yang bernilai RM17,500 dirampas polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang (IPPD) di Taman Restu dekat sini kira-kira jam 5 petang pada 30 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Sakaruddin Che Mood berkata, rampasan dilakukan dalam sebuah kenderaan jenis Proton Wira bernombor pendaftaran WTT 3902 dan dua lelaki Cina lingkungan 30-an telah ditahan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap kenderaan tersebut polis menjumpai dua alat acuan duit syiling berserta dengan 35 bungkus plastik yang mengandungi duit syiling 50 sen.

“Setiap beg plastik mengandungi 1,000 keping duit syiling dan kesemuanya adalah palsu yang telah dibuat dengan menggunakan acuan tersebut,” katanya dalam sidang media yang diadakan di IPPD Kajang, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Mior Abd Khalil Abd Aziz dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Elias Omar.

Ulasan TM;

Manusia durjana ini mengikut kebiasaannya akan di tahan di pusat tahanan atau ringkasnya ISA. Jika di mansuhkan maka golongan ini akan bertambah. Mereka tidak boleh di tahan atau menerima hukuman sekiranya belum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Bila peguam mereka lebih putar alam dan menang kes , maka perkerjaan mereka diteruskan. GMI tak nampakkah?

Satu lagi TM persoalkan ialah peruntukkan besar untuk menganjurkan demontrasi jalanan menentang ISA ini datang dari mana?

Adakah dari Yayasan-yayasan dari luar, atau datang dari kumpulan gangster seperti Ah Long, Perompak , Pengeluar cd haram, Judi haram , dan lain-lain lain lagi kumpulan penjenayah dalaman.


Sejak PRU 12 kita lihat kes-kes jenayah makin menjadi-jadi terutama di Selangor dan P.Pinang. Apakah kumpulan penjenayah sudah berasa selesa kerana berjaya meletakkan wakil mereka sebagai wakil rakyat dan ahli parlimen?

Sama-sama kita fikirkan. Perlukah melayu bodoh, tongong dan haprak terpedaya dengan gerakan mansuhkan ISA? Semalam rata-rata yang ditangkap kerana berdemontrasi adalah melayu. Akai ada ka????