Ahad, 2 Ogos 2009

Terima Kaseh PDRM khususnya kepada Tan Sri Musa Hassan

Terlebih dahulu salut TM kepada Tan Sri Musa yang menjadi tunjang kepada PDRM hari ini. Tan Sri paling dibenci oleh Al-Jub sehinggakan mendesak DS Najib memecat TS Musa daripada menjadi Ketua Polis Negara.

Al-Jub manusia mempunyai sifat kebinatangan, marahnya kepada Tan Sri Musa kerana sewaktu kes Al-Jub dibicarakan TS Musa ialah pegawai pendakwaraya.

Semalam 1 Ogos 2009 berulang lagi sejarah kotor dan jijik yang dianjurkan oleh Al-Jub dan konco-konconya. Ramai lah pengikut dari golongan kaki bangkang dari kampung-kampung atau jin-jin keras kepala berhimpun di KL tanpa matlamat dan arah tujuan, hanya menjadi pak turut sahaja.

Sedih melihat mereka , yang kurang cerdik mengikut punggung yang cerdik sikit. Ke mana kaki yang cerdik sikit melangkah di situlah yang kurang cerdik membontot. Agaknya kalau tertinggal bas, terpinga-pingalah si kurang cerdik ini mencari jalan pulang.

Mungkin juga mereka dari kumpulan kurang upaya (OKU) yang menjadi mangsa pujuk rayu Al-Jub. Di umpan dengan duit poket seratus dua dan dijemput datang ke KL pula itu, dijanjikan makanan lazat di rumah Al-Jub, lawatan ke tempat-tempat menarik mungkin. Macam kisah Tain di TV3.

Terima Kasih TM kepada PDRM kerana berjaya mengekang dan menghalang usaha GMI daripada terus berdemontrasi. Jika tidak disekat dan dihalang.

Kumpulan ini akan mengotorkan bandaraya seperti Hippies tahun 60an dan 70an dahulu, makan minum dan melepaskan najis sesuka hati, mereka juga tidak teragak-agak untuk merosakkan harta benda awam dan kemungkinan akan mencuri dan memecah masuk kedai-kedai untuk mencari makanan dan jua mencuri. Mencuri jika ada peluang, maklumlah kedai-kedai sudah tidak bertuan,

Sama seperti kejadian lori ikan dan lori bateri terbabas, habis pak pak lebai mangkuk curi ikan dan bateri.