Gerakan pertubuhan Al Arqam satu ketika dahulu yang ditubuhkan pada sekitar 70an telah menggemparkan negara kerana usaha gigih mereka dalam membesarkan pengaruh mereka dan cita-cita Abuya untuk menjadi Perdana Menteri .
Anwar Ibrahim pula sibuk membina kekuatan dalam Abim, Abuya As-Shaari juga tidak pernah mengaku kalah dalam usaha menjadikan Al-Arqam saingan kepada Abim. Kedua-dua mereka mempunyai cita-cita yang sama iaitu menjadi Perdana Menteri. Oleh itu kedua-dua individu ini berusaha untuk menambah ahli seramai mungkin.
Anwar terus menggunakan Abim sebagai saluran penting untuk memenuhi cita-citanya tetapi gagal juga dipenghujung tahun 90an dan Anwar berehat di penjara Sungai Buluh.
Abuya Asshari juga ditahan lebih awal lagi sekitar awal 90an dan diletak dalam tahanan rumah di Pulau Labuan.
Abuya pernah bertaubat , mengaku akan kesalahannya dan menyeru pengikutnya supaya meninggalkan amalan Aurat Muhamadiah yang disahkan oleh Pusat Islam (Jakim) sebagai sesat.
Abuya ternyata telah mungkir janjinya kepada Jakim dan kerajaan dengan terus mengembangkan operasi pertubuhan Al Arqam dengan nama baru iaitu Rufaqa Holding. Bagaimanapun kegiatan mereka dapat dihidu oleh pihak kerajaan dan tindakan telah pun diambil.
Hari ini dengan nama baru Darul Ekhwan Enterprice Abuya terus mengukuhkan kedudukan sebagai pemimpin nombor 1 dalam Al Arqam.
Rufaqa dan Ekhwan berdaftar sebagai syarikat yang menjalankan kegiatan perniagaan. bukan sebagai pertubuhan agama. Inilah yang memeningkan masyarakat dan kerajaan kita.
Kebijaksaan Abuya dan orang kanannya telah berjaya menipu orang ramai dan pihak berkuasa. Mereka berjaya menghidupkan Aurat Muhammadiah dan pengikut generasi ke 3 dan ke 4 , hari ini begitu taat dan taksub dengan keistimewaan Abuya.
Awal tahun 2000 Rufaqa telah membuat huru hara di jabatan pendidikan. Mereka telah menghimpunkan generasi ke tiga Al Arqam dan menempatkan di beberapa buah sekolah rendah dan menengah kerajaan. Anak-anak mereka di tempatkan dibangunan-bangunan kedai sebagai asrama. Selepas sekolah anak-anak ini dipaksa berniaga seperti menjual cd, majalah dan sebagainya. Ada yang bertugas di restoran dan kedai-kedai milik Rufaqa. Anak-anak ini juga di paksa menyertai pertandingan nasyid. dan juara akan berpeluang untuk pergi ke Labuan untuk bertemu dengan Abuya.
Oleh kerana pelajar-pelajar ini sering menimbulkan masalah disiplin dan masalah pelajaran maka pihak sekolah melalui B&K telah mendekati mereka. Maka melalui sesi B&K maka terbongkarlah siapa mereka sebenarnya. Akhirnya pihak pengurusan Rufaqa tidak berlengah lagi dan memindahkan mereka ke sekolah lain untuk kali ke 3. Sekolah sekitar Tanjung Malim menjadi destinasi mereka kerana mereka mempunyai premis perniagaan yang besar di daerah tersebut. Di faham pihak PPD telah menolak pertukaran masuk ke daerah itu. Ini mungkin PPD sudah menghidu terlebih dahulu kegiatan mereka. Ke mana arah destinasi mereka selepas itu , tidak diketahui sehingga kini.
Kesimpulannya ialah kegiatan amalan Aurad Muhammadiah yang dibawa oleh Abuya tidak pernah luput dari minda mereka. Jika awal tahun 2000 generasi ke 2 telah mula taksub dengan pegangan aurad maka hari ini mungkin sudah masuk ke generasi ke 3. Harap Jakim bertindak tegas.
Dalam masa yang sama Jakim juga hendaklah membenteras ajaran Ayah Pin yang terus diamalkan oleh pengikut setianya di Terengganu hari ini.
sekian,