Selasa, 6 Oktober 2009

NIZAR KUDIK: HUSAM MUSA DAN TAMRIN JV PROJEK BALAK DI KELANTAN

Anwar telah berjaya berbaik-baik dengan Tamrin Tun Ghafar. Anwar seorang negosiator yang berbakat hari ini. Anwar berjaya membawa Tamrin masuk dalam Pkr dan menjanjikan emas kepada Tamrin sebagai tebus dosa terhadap Tun Ghafar.

Sesiapa saja yang kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan komponen Bn akan menerima surat tawaran dari Anwar. Bermula dari dulu seperti rakan dan juga saudara saya Dato Sulaiman bekas Adun Paya Jaras. Terkini ialah Ketua Bahagian Umno Taiping. Lantak lah anda sudah cukup umur dah lebih 21 tahun nak terjun bangunan pun tak ada sapa yang larang.

Oleh kerana Husam adalah orang kuat Anwar maka Anwar mengarahkan Husam supaya berkongsi kawasan balak di Kelantan. Maka dapatlah mereka kawasan balak yang bernilai 25 juta ringgit. tetapi kerana permintaan balak merudum, nilai balak jatuh kepada 15 juta sahaja. Husam dapat 6 juta, Tamrin 6 juta dan kerajaan kelantan dapat 3 juta.

Pernah dengar kisah Bon PNB 19 billiion yang juga melibatkan saudara saya? kesian beliau kerana menjadi kambing hitam. disembelih dan dihadapkan ke mahkamah. Kisah berlaku dalam sekitar tahun 1996 kalau tak silap saya. Anwar tengah gila dengan IMF dan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri. dalam usaha beliau untuk menjatuhkan Tun Mahathir pada pemilihan Umno 1997 kes 19 billion telah menggemparkan negara selepas skandel BMF dan skandel Barring di Singapore.

TM tak mahu tuduh sesiapa, tetapi Tun Mahathir dalam ucapan Hari Pahlawan jika tak silap telah menyentuh sedikit perkara ini. Hairan dan pelik kenapa Anwar tak pernah sebut perkara ini dalam ucapan atau ceramah politik beliau. kenapa?????