Isnin, 25 Januari 2010

ANWAR MENYOKONG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KATHOLIK


Dalam ceramah perdana Pkr di Ceras pada 21 Januari 2010, Anwar telah menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan mengheret Sheikh Yosof Qurdawi kononnya Sheikh membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

Harap YB Zulkifli Nordin pagi ini dapat membuat laporan polis sekali lagi terhadap bossnya yang nyata menyokong penggunaan kalimah Allah.

Anwar juga memuji Khalid Ibrahim yang memerintah Selangor lebih baik dari 50 tahun Umno memerintah. Haha...dulu dia kata Umno bagus. Anwar menyokong Khalid, nampaknya usaha cas keting tak akan berlaku di Selangor..Marah betul Azmin kepada Anwar, Anwar nyata memihak kepada Khalid.

Anwar menghukum haram jika menteri besar Selangor dan exco ambil tanah. hahah betul kah? Jadi menteri haram ambil satu saham? hehehe,,,,,dia dulu raja pink form ....semua kroni dia kaya raya...bukti? Tun telah pamerkan saham-saham kroni Anwar dalam PAU 1997.

Tak boleh ambil saham dan tak beli minta tanah tetapi boleh minta jadi CEO (pengerusi YBK) dibawah ialah petikan dari blog Dr Khir

Ugutan YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hendak menghalang pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Yayasan Basmi Kemiskinan sekiranya tidak dilantik sebagai pengerusi merupakan satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak mementingkan pembangunan negeri dan rakyat.

Khalid dilaporkan meminta agar beliau dilantik sebagai Pengerusi YBK atau kerajaan negeri tidak akan meluluskan projek pembinaan UiTM YBK di Serendah, Selangor.

Wajarkah kelulusan sesebuah projek pembangunan disyaratkan dengan orang yang memberi kelulusan dilantik mengetuai projek tersebut?


Anwar juga masih menyerang Najib dengan isu Attantuya, ini kerana Najib enggan menggugurkan kes liwat dia. Maka dia terus menggunakan isu Attantuya, kehilangan enjin jet sebagai helah untuk mengelakkan orang pakatan bercakap kes liwat. Anwar juga menghina mahkamah dalam kes wanita moggolia.