Isnin, 25 Januari 2010

PELAJAR UNIVERSITI PERLU PATUH KEPADA PERATURAN


mahasiswa-malaysia-tidak-redha-ditindas

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa negara ini tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mereka.

Demikian kenyataan media SMM kepada Harakahdaily hari ini berhubung tangkapan sembilan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semalam.

Menurut kenyataan itu, seluruh mahasiswa IPTA semalam telah melakukan perarakan aman menuntut demokrasi bersih (walk for democracy) bermula dari Dataran Merdeka sehingga pusat membeli belah Sogo sekitar jam 10.30 pagi hingga 1 petang.

Perhimpunan tersebut menunjukkan ketidakpuasan hati mahasiswa Malaysia ke atas pencabulan demokrasi kampus dan hak-hak mahasiswa.

Kenyataan itu menambah, mahasiswa turun untuk memberitahu kepada rakyat bahawa suara mahasiswa selama ini tidak didengari malahan dianggap rendah oleh pihak pentadbiran universiti yang melibatkan hal Ehwal Pelajar hampir di semua kampus.

Mahasiswa kecewa dengan tindakan tidak profesional terhadap kekasaran polis serta tindakan provokasi mereka sehingga menyebabkan sembilan orang mahasiswa ditangkap dalam perarakan berkenaan.

Dalam tangkapan tersebut juga, mahasiswa beranggapan tindakan polis melambatkan pembebasan mereka semalam sebagai satu tindakan yang tidak adil, seolah-olah mahu menyeksa mereka di dalam lokap lebih lama.

Mereka ditahan pada pukul 1 petang dan dibebaskan selewat jam 12 tengah malam. Tempoh itu sangat lama dan keadaan ini telah memberikan tekanan kepada tahanan.

Bagi SMM, polis juga dianggap tidak amanah dan telah menyalahgunakan tugas sehingga menghalang peguam untuk berjumpa dengan tahanan sedangkan di bawah Seksyen 28(A) Kanun Prosedur Jenayah, mahasiswa berkenaan seharusnya diberikan akses kepada peguam pilihan mereka untuk berjumpa.

“Oleh yang demikian, kami di peringkat mahasiswa ingin menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa Malaysia tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mahasiswa,” ujar SMM dalam kenyataan itu.

Sedikit pandangan TM,

Pelajar kaum lain dalam Universiti Awam dan Swasta tidak pula sibuk untuk berdemontrasi. Mereka menumpukan seratus peratus ruang dan peluang belajar untuk mendapat tempat terbaik dalam peperiksaan.

Berusaha untuk menjadi pelajar terbaik sepanjang semester. Bila selesai pengajian nama mereka akan tercatat dalam buku sebagai penerima anugerah dekan dan juga mendapat biasiswa daripada syarikat-syarikat yang ingin mengambil mereka untuk bekerja dengan syarikat mereka.

Pelajar-pelajar Melayu pula yang gemar dalam aktiviti anti kerajaan ini adalah anak-anak puak-puak pembangkang. Mereka berjaya masuk ke universiti kerana diberi peluang dan bukan kerana keputusan akademik yang tinggi.

Pelajar Melayu sepatutnya berterima kasih dengan dasar kerajaan dalam pengambilan pelajar. Pelajar dan peluang yang diberi harus dimanfaatkan sepenuhnya agar mendapat keputusan yang baik untuk dihadiahkan kepada ibubapa di kampung.

Jika tidak mendapat kelas pertama pun memadai lah dengan kelas kedua tinggi. Hari ini ramai anak-anak Melayu yang sibuk berpolitik mendapat kelas dua rendah dan kelas ketiga sahaja.

Dah lah kursus yang diambil adalah kursus biasa yang tidak kritikal. Bila keluar dari gedung ilmu sukar mendapat kerja.

TM amat memuji pelajar-pelajar yang berada di UiTM kerana mempunyai jati diri yang tinggi. Tahniah kepada Tan Sri Dr Ibrahim Shah yang berjaya membentuk pelajar yang berkarisma.

UM merupakan Universiti yang ramai politiking sejak zaman Anwar lagi. Secara jujur TM memang tidak setuju dengan pelajar yang menyertai demontrasi kelmarin. TM juga tidak bersetuju dengan mereka yang melibatkan diri dengan parti politik.

Pelajar harus fokus kepada pelajaran terlebih dahulu supaya lulus dengan baik, mudah mendapat pekerjaan , dapat membela nasib keluarga dan diri sendiri sebelum membela masyarakat dan negara.

Jika dahulu pelajar mendapat biasiswa tetapi kini digantikan dengan PTPTN. Ia adalah kerana jumlah pelajar sudah berlipat kali ganda. jika dahulu hanya ada UM, UTM, UKM dan UPM sahaja dan kerajaan meletak harapan yang tinggi terhadap pelajar ini untuk mengurus tadbir negara ketika itu

Trend berubah, hari ini graduan kenalah berdikari dan tidak mengharapkan untuk bekerja dengan kerajaan semata-mata. Tambah lagi ialah pelajar hari ini kebanyakannya sudah senang dan mewah. Tanpa biasiswa dan PTPTN pun mereka mampu berkereta ke kuliah, menyewa apartment dan kondominium.

Jika dahulu Kampung Kerinchi dan Kampung Pantai Dalam menjadi kawasan sewaan pelajar. Ada pula yang bekerja untuk menambah pendapatan kerana wang biasiswa juga dihantar ke kampung untuk membantu keluarga.

Pelajar hari ini juga terlebih manja. Lihat saja hari pendaftaran pertama. Datang dengan kereta besar ada juga yang lebih dua buah kereta untuk menghantar pelajar mendaftar diri. Ia amat berlainan pada zaman dahulu. Pelajar hanya membawa barangan yang minima, datang menaiki keretapi atau bas. Datang bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga. Dan hanya segelintir sahaja yang dihantar oleh ibubapa, sudah tentu mereka adalah dari golongan yang mewah ketika itu.

Pelajar U hari ini lebih suka berseronok, ditambah lagi dengan enviroment parti politik yang semakin galak. Maka anak-anak dari ahli parti ini, tak kira BN atau Pakatan Rakyat, mereka berpolitik lebih untuk menjaga apa yang keluarga mereka ada. Anak orang Pas akan terus memperjuangkan dasar Pas di Universiti dan mereka akan bertembung dengan anak-anak yang pro kerajaan dan keadaan semakin panas . Akhirnya mereka juga yang rugi jika disingkirkan dari U atau ditangkap kerana berdemo.

Sewaktu Anwar dipecat dari kerajaan , ramai anak-anak pembangkang yang dibuang dan hari ini ada yang menjadi wakil rakyat PR. beruntunglah mereka kerana mempunyai pengaruh keluarga yang kuat dibelakang. Bagaimana pula ibubapa yang miskin dan tidak berpengaruh?

Mana yang ingin bebas dan mahukan kehidupan sekular akan berjuang untuk mendapatkannya. Itu belum termasuk yang berjuang untuk agama, terutama dari kalangan bukan Islam.

Politik pelajar hanyalah politik picisan sahaja. Tidak ada siapa yang akan mendengarnya. Sebab yang ada diluar lebih dahulu makan garam. Mereka pun berasal dari U juga.

Politik kampus ialah politk ikutan dan politik glamor sahaja. politik mencari pengaruh dan mencari jodoh.Politik pakaibuang.

Hakikatnya akhlak anak-anak kita yang jadi taruhan. Ramai yang rosak akhlak kerana kejutan budaya. Pasangan pelajar pengajian islam ditangkap kerana berlaku sumbang di dalam taman kampus kenapa? Ia adalah kerana kejutan budaya.Ini ada lah reality yang perlu diterima.

Akhir kata jika mahu berpolitik biarlah habis belajar dahulu.Kalau nak berdemo pun biarlah tidak berparti. Hari ini pihak U akan menubuhkan parlimen kampus. maka gunalah dengan betul dan janganlah meniru gaya Anwar Ibrahim. Bila dia berada di pihak BN dan berjawatan Timbalan Perdana Menteri, semua baik, semua ok, tetapi bila dipecat , seolah-olah dia tidak pernah menjadi ahli Umno dan tidak pernah menjadi menteri...