Ahad, 24 Januari 2010

PERKONGSIAN DALAM PENDIDIKAN-U-WARTAWAN)

Perkongsian bijak untuk membantu pihak sekolah dan guru bukan sahaja terletak dibahu PIBG sahaja. Ngo lain juga perlu turun dan mencari pelanggan di sekolah. Hari ini pihak NGO ataupaun GO hanya menunggu jemputan dari pihakn sekolah.

GO seperti Jabatan Kesihatan, AADK, PDRM PBT ada membantu pihak sekolah dalam pendidikan. JPJ tahun lalu menyatakan mereka bersedia untuk masuk ke sekolah dalam membantu pelajar-pelajar memperolehi lesen memandu motosikal dan diharap tahun ini ia menjadi kenyataan.

Yang paling diperlukan diperingkat sekolah ialah kokurikulum. Jika dapat badan-badan sukarela masuk ke sekolah , itu adalah lebih baik. seperti pengakap, kadet, bola sepak dan pelbagai lagi elok dikendalikan oleh NGO.

Hari ini semua aktiviti ko-kurikulum semuanya dilakukan oleh guru. guru terpaksa di latih dan diberi kursus supaya mahir melatih bola sepak, hoki, renang, olahraga dan sebagainya.

Untuk badan beruniform seperti PBSM, Pengakap, Pandu Puteri, dan sebagainya tugas dipikul oleh guru. Kecuali Kadet Tentera dan Polis yang dilatih oleh PDRM dan tentera, yang lain semua terpikul dibahu guru. Tahniah....Guru serba boleh.

Dalam membicarakan perkongsian bijak eloklah tugas-tugas badan beruniform diambil alih oleh NGO. Ia juga memberi peluang kepada lepasan sekolah untuk memberi khidmat bakti kepada sekolah tanpa mengira dimana mereka berada.

Hari ini jika seorang pelajar adalah ahli pengakap dan bila berkerja maka ilmu pengakap itu hilang begitu sahaja. Jika dihidupkan pasukan pengakap dewasa dan mereka ini boleh diberi peluang untuk menaburkan ke sekolah-sekolah. Dengan itu kesinambungan pengakap akan berterusan sepanjang hayat.

Andaikata ia seorang Yang Berhormat pun ia masih boleh meminpin persatuan pengakap. Hari ini badan-badan ini masih dipimpin oleh guru-guru dan penyarah-pensyarah dari ILP. Jika mereka bekerja di sektor lain, akan hilanglah segala kemahiran mereka.

Rumusannya ialah perkongsian bijak bukan sahaja hanya pada satu skop seperti motivasi atau bimbingan pelajaran tetapi menyeluruh dan semua bidang.