Ahad, 24 Januari 2010
APAKAH REAKSI PAS DAN ANWAR IBRAHIM?
Umno menentang penggunaan perkataan ALLAH dan Umno di kritik hebat oleh kepimpinan kanan Pas, kepimpinan Pkr dan juga blog Pas.
Umno dituduh memutar belit keadaaan demi politik sempit Umno. Ok tak apa lah , nak kutuk pun kutuk lah. Ini kerana adat Pas yang sentiasa melihat orang lain terutama Umno sentiasa bersalah. Pas sentiasa baik, telus dan betul.
Hari ini isu kalimah ALLAH sudah sampai ke puncak yang panas. YB Zulkifli Nordin, Harun Din dan ramai lagi sudah berani menentang arus dan menyanggah keputusan Pas dan Pkr sendiri. Nordin rela dipecat oleh Pkr demi mempertahankan syiar Islam.
Apakah selepas ini Nordin akan dituduh memutar belit isu ini demi politik sempit? Atau kepimpinan Pas yang sempit mindanya atau sengaja menyempitkan mindanya demi kepura-puraan dalam pakatan ruyub.