Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Datuk Murphy Pakiam, selaku pemohon dan penerbit The Herald, juga diberikan kebenaran untuk memulakan prosiding bagi memohon sembilan deklarasi bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia (responden) adalah salah dan di luar bidang kuasa mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Peguam pemohon, S Selvarajah memaklumkan dua kebenaran memulakan prosiding itu diberikan Hakim Lau Bee Lan mengikut Aturan 53 Kaedah 3 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 di dalam kamar, semalam.
KUALA LUMPUR 24 April - Gereja Katolik hari ini diberi kebenaran untuk memulakan prosiding di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) dalam usaha membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan 'Herald - The Catholic Weekly'.
Hakim Lau Bee Lan turut memberi kebenaran yang sama berhubung sembilan perisytiharan yang dipohon oleh Gereja Katolik selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding yang dibuat di kamar beliau.
Antara perisytiharan yang dipohon ialah larangan bertarikh 7 Januari lalu oleh Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai responden adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.
Gereja Katolik sebagai pemohon turut memohon perisytiharan bahawa larangan tersebut adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sehingga mahkamah membuat keputusan.
Soalan:
Apakah yang patut kita lakukan jika bertemu dengan individu di atas ?
Jawapannya ialah............................................................
Punca kes menjadi barah ialah;
- Umat Islam KDN , JAKIM dan YB Zahid Hamidi gagal menangani isu ini dari awal lagi.
- Tarik balik gelaran Datuk daripada Pakiam.
- Turunkan pangkat Hakim Lau Bee Lan atau tukarkan ke mahkamah rendah
- cadangan tuan-tuan....????
Ketua paderi mahu bincang dengan pejabat AG | ||
|
Sebelum itu, mahkamah hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan berkaitan agama Kristian tidak lagi dilarang seperti terkandung dalam warta baru yang
dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini.
Berikutan perkembangan itu, peguam Porres P Royan memaklumkan kepada Hakim Lau Bee Lan bahawa mereka akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara berhubung implikasi
perintah itu, lapor Bernama.
"Jika, selepas perbincangan kami berasa selesa, dengan itu jelas perkara ini mungkin tidak perlu diteruskan dan didengar. Kami akan maklumkan kepada mahkamah jika kami mencapai penyelesaian.
"Masih terlalu awal untuk kami membuat keputusan," katanya sambil memohon kepada mahkamah untuk memberikan masa dua hingga tiga bulan bagi kedua-dua pihak sebelum menetapkan tarikh perbicaraan bagi permohonan semakan penghakiman itu," katanya.Pada 5 Mei tahun lalu, Datuk Murphy, selaku penerbit The Herald,
menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam usahanya bagi diisytiharkan keputusan responden bertarikh 12 Februari 2008, melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam "Herald-The Catholic Weekly" adalah melanggar undang-undang.
Beliau juga memohon perisytiharan yang beliau berhak menggunakan perkataan "Allah" dan perkataan "Allah" bukan eksklusif untuk agama Islam.
Sebelum itu, Peguam Kanan Persekutuan Nizam Zakaria, yang mewakili Pejabat Peguam Negara, memaklumkan kepada mahkamah bahawa Menteri Dalam Negeri, selaku responden pertama dalam prosiding semakan kehakiman itu yang difailkan oleh Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur, telah mewartakan perintah bertarikh 21 Januari 2009, bertajuk 'Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009'.
Warta itu menyebut "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubung dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah", "Kaabah", "Baitullah" dan "Solat" adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN".
Perintah itu diwartakan pada 16 Feb, 2009 dan berkuatkuasa pada tarikh itu.
Terdahulu, Porres memberitahu mahkamah yang beliau akan tetap meneruskan permohonan untuk mengenepikan perintah campur tangan yang dipohon pada 21 November tahun lalu oleh tujuh majlis agama Islam negeri - Wilayah Persekutuan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor dan Melaka - dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MCMA) untuk campur tangan dan dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman itu.
Mahkamah menetapkan 28 Mei untuk mendengar permohonan itu bersama-sama dengan permohonan Majlis Gurdwaras Malaysia untuk turut campur tangan.
Mahkamah juga menetapkan 7 Jun untuk mendengar permohonan tujuh majlis agama Islam negeri dan MCMA, untuk merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan mengenai persoalan perlembagaan.
Datuk Jamil Khir menafikan Kerajaan lambat bertindak...
Bernama.com
Am | 04 Julai, 2008 18:14 PM |
Mahkamah Tinggi Tetapkan 9 Julai Sebutan Kes Semakan Kehakiman Oleh Ketua Paderi | ||
|
Strategi mubaligh Kristian
KEPUTUSAN Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh terbitan Herald - The Catholic Weekly telah membuka lembaran baru dalam sejarah undang-undang negara.
Tuntutan yang dibuat oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam ini juga buat julung kalinya turut mendapat sokongan daripada segelintir pemimpin politik Melayu beragama Islam.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketua pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik contoh penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat sejak zaman dahulu untuk diketengahkan sebagai justifikasi mereka.
Dr. Dzulkifley Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas, dan Khalid Samad, Ahli Parlimen Pas Shah Alam pula, berada setapak di hadapan apabila menjadi ahli Parlimen Malaysia beragama Islam pertama yang mengunjungi gereja Roman Katolik St. Paul The Hermit di Ijok dan Roman Catholic Church of Divine Mercy di Shah Alam sebagai tanda sokongan mereka.
Akan tetapi, adakah pendekatan terlalu mudah (simplistic) untuk memutuskan perihal ‘boleh atau tidak’ kalimah Allah digunakan oleh terbitan Gereja Katolik ini tepat?
Adakah kelompok pemimpin Islam yang menyokong tuntutan ini telah menganalisis sepenuhnya corak aplikasi kalimah Allah oleh kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian yang bergerak di kawasan berpenduduk majoriti Islam?
The People of the Book contohnya, merupakan sebuah organisasi yang giat menjalankan pengembangan kepercayaan Kristian kepada umat Islam yang boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol, khususnya di Amerika Latin.
Menurut organisasi ini, al-Quran merupakan ‘alat yang sangat efektif’ untuk memaparkan konsep kepercayaan Kristian yang boleh ‘diterima’ umat Islam. Mereka juga menganggap penggunaan kalimah Allah adalah sesuatu yang sangat diterima dalam usaha penyebaran Kristian, walaupun makna kalimah Allah dalam al-Quran tidak sama dengan makna istilah God dalam Bible.
John Hultvall, mubaligh Mission Covenant Church of Sweden yang terlibat dalam misi pengembangan Kristian di Turkestan timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam, juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah Allah dipersoalkan di kalangan penganut Kristian sendiri, mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka menyebarkan kepercayaan Kristian di kalangan umat Islam.
Seorang lagi mubaligh Kristian, Kevin Greeson, telah menulis buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ! yang dijadikan panduan oleh mubaligh International Mission Board (IMB) khusus untuk menyebarkan kepercayaan Kristian kepada umat Islam.
Menurut Greeson, dalam usaha penyebaran Kristian kepada budaya berbeza, para mubaligh Kristian sepatutnya menggunakan apa sahaja istilah bagi God yang digunakan dalam budaya tersebut.
Secara harfiah (literal), penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada istilah God dalam Bible, sebenarnya tidak tepat sama sekali. Ini diakui sendiri oleh kumpulan aktivis Kristian Pasifik dari Amerika Syarikat, Apologetics Coordination Team, yang menyatakan bahawa kalimah Allah tidak membawa makna yang sama dengan konsep triniti yang dipercayai penganut Kristian, apatah lagi setelah mengambil kira kepercayaan berbeza umat Islam bahawa Allah Taala bersifat Maha Esa dan qiyamuhu binafsih (berdiri dengan sendiri).
Malah, kumpulan aktivis itu turut menganggap penggantian kalimah ‘Allah’ untuk istilah God dalam Bible sebagai satu pencabulan (sacrilege) dan kekufuran (blasphemy) bagi penganut Kristian.
Melihat kepada penentangan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam dunia Kristian sendiri, kelompok kecil penyokong Herald daripada parti Pas dan PKR wajib menilai semula kesungguhan mereka untuk memperjuang tuntutan tersebut.
Tambahan lagi apabila penggunaan kalimah Allah oleh gereja rata-rata diaplikasikan dalam aktiviti penyebaran kepercayaan Kristian di kawasan berpenduduk majoriti Islam. Ini adalah kerana undang-undang tertinggi negara: Perlembagaan Persekutuan, tatkala membenarkan kebebasan beragama dalam Perkara 11, Fasal (1), turut melarang pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan umat Islam dalam Fasal (4).
Ketua Biskop Tan Sri Murphy Pakiam sendiri dalam afidavit beliau telah menyatakan bahawa antara tujuan beliau mencabar keputusan Kerajaan Persekutuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh Herald adalah untuk melaksanakan hak menyebarkan kepercayaan Kristian di kalangan penganut Kristian berbangsa Indonesia dan yang bertutur dalam bahasa Arab.
Namun begitu, saya yakin bahawa para penganut Kristian berbangsa Indonesia mampu untuk memahami istilah ‘Tuhan’, dan penganut yang bertutur dalam bahasa Arab tidak membaca artikel Herald yang ditulis dalam bahasa Melayu.
Maria Kana dalam disertasi beliau Christian Mission in Malaysia, menulis bahawa terbitan Alkitab dan Perjanjian Baru yang dilarang penjualan dan pengedarannya adalah sangat popular di kalangan generasi muda penganut Kristian Malaysia yang mengikuti pendidikan dalam bahasa Melayu.
Adakah generasi muda berbahasa Melayu yang dimaksudkan ini termasuk juga individu yang asalnya berbangsa Melayu dan beragama Islam? Jika ya, maka aktiviti penyebaran ini adalah tertakluk kepada Fasal (4) Perlembagaan Persekutuan.
Di negara ini, aktiviti church planting misalnya dijalankan oleh organisasi luar seperti Freedom Life – Church of God, selain organisasi tempatan yang bergerak di IPT.
Adalah menjadi harapan saya agar isu kalimah Allah ini tidak dijadikan ‘alat’ oleh mana-mana pihak untuk mendapatkan political mileage dan publisiti, walaupun ia nampak telah pun diberi liputan oleh media antarabangsa seperti BBC, USA Today, International Herald Tribune, Reuters, Al Jazeera, serta media Kristian seperti The Christian Post, Christian Today, Christianity Today, Christian Telegraph dan Christian News Today.
Jika perkara ini berlaku, maka ia merupakan tindakan yang amat keji di mata mana-mana pihak. Mungkin ada pihak yang menganggap tuntutan ini sebagai non-issue, namun ia juga tidak akan menjadi isu sekiranya Murphy Pakiam sebagai seorang pemimpin agama, mempertimbang mengambil jalan kompromi dengan menggunakan istilah ‘Tuhan’ yang lebih tepat, dan bukan jalan konfrontasi dengan mencabar Kerajaan Persekutuan.