Sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz telah mengharamkan wanita Kelantan daripada menyertai tilawah kerana bagi beliau suara wanita adalah aurat dan haram diperagakan dan haram suara wanita di dengar oleh umum.
Bukan itu sahaja, Nik Aziz juga melarang wanita menceburi politik serta melarang wanita bertanding dalam pilihan raya kerana hukumnya yang sama, (AURAT).
Tetapi hukum yang dibuat oleh oleh Nik Aziz tidak kekal lama. Ia boleh dikaji dan boleh dipinda. Hukum Allah boleh dipinda sesuka hati oleh Nik Aziz.
Ini terjadi apabila seorang wartawan Utusan Malaysia yang berjaya menemuramah beliau. Nik Aziz pada pilihanraya ketika itu berjaya mengajak orang Pas membenci dan memboikot Utusan. Bagaimana pun bila pihak utusan ingi membuat temubual dan wawancara, beliau amat bersetuju dan mengarahkan wartawan tersebut bertemunya keesokan hari.
Bagaimana pun kerana jarak yang jauh wartawan tersebut mohon untuk menemubual pada hari berikutnya. Ketika itu S/U Akhbar Nik Aziz ialah Husam Musa. Bagaimana pun apabila wartawan tersebut sudah berada di Kota Bharu. Nik Aziz melalui orang kananya yang isteri kemboja tu, bekas cikgu telah memaklumkan bahawa Nik ingin membatalkan sesi temubual. Bagaimana pun ia berjaya juga diadakan oleh kerana wartawan sudah berada di sana.
Dalam temubual yang cukup ceria Nik Aziz telah meluahkan apa yang ada dalam benak pemikirannya. Yang jelas Nik Aziz tak reti bab ekonomi Islam apabila dilontarkan soalan kepadanya. Beliau hanya bercakap soal sorok barang dan kenaikan harga barang. Adakah Nik Aziz tidak belajar menngenai ekonomi Islam sewaktu belajar di India dan Mesir atau beliau tidak faham akan istilah ekonomi Islam?
Nik Aziz juga menjelaskan mengapa beliau tidak membenarkan pembabitan wanita dalam tilawah dan politik atas alasan aurat.
Selesai sesi temubual, Nik Aziz mengajak wartawan tersebut menyertai Pas. Soalan cepumas bagi wartawan tersebut. Beliau memaklumkan kepada Nik Aziz, " Jika saya masuk politik saya nak jadi wakil rakyat"
Apa jawapan Nik Aziz? " Tak po leh , hok tu kito buleh rundeng leh" . Nampak.!!!! Dengan mudah hukan Allah boleh bertukar-tukar....Itu lah Pas.
Hari ini apa bila DS Najib mengumumkan elaun sepanjang hayat sebanyak RM2000 kepada pemenang tilawah. Nik Aziz sekali lagi akan menukar hukum dan membolehkan wanita Kelantan menyertai Tilawah.
Begitu juga bila Pas sudah kurang kuat di Kelantan, Nik Aziz membenarkan semula wanita untuk meibatkan diri dalam politik dan membenarkan wanita menjadi wakil rakyat.
Begitu juga isu Islam. Apabila Nik melihat dalam TV program Multaqa Ulamak yang dianjurkan oleh kerajaan Umno, Nik Azizi menyuarakan hasrat untuk berbincang dengan Umno soal Agama Islam.
Tukar juga, dahulu Nik Aziz melebelkan Umno menolak Islam. Bermakna Pas tak perlu berbincang apa-apa dengan Umno mengenai Islam.
Hari ini tona Nik Aziz sudah berubah. Beliau ingin berbincang. Bermakna Pas telah mengakui bahawa UMNO mendokong Islam.
Dengan permohonan ini, mengesahkan bahawa Nik Aziz mengakui bahawa Umno adalah Islam dan Islam adalah Umno.